Selasa, 14 Mei 2013

HOT INFO! Misi Menyelesaikan Skandal KUIN!! #HanyaDiKedah


Kalau pembaca semua masih ingat, Azizan Razak, mantan MB Kedah pernah nasihatkan Dato Mukhriz, MB Kedah yang baru supaya memberi fokus penuh pada masalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Ternyata KUIN memang dalam masalah yang serius. Atas sebab demikian, antara tindakan cepat untuk dipulihkan ialah KUIN. Mungkin disebabkan alasan tersebut, Dato Mukhriz membuat perbincangan khas dengan kakitangan KUIN bagi menyelesaikan masalah tersebut.


Kalau mengikut maklumat yang Mc ambil dari Berita KUIN, pihak BERSIH KUIN yang di ketuai Muhammad Azki Hafizi telah mengadakan perbincangan tertutup bagi membincangkan proposal dan cadangan yang akan di kemukakan kepada Kerajaan Negeri Kedah yang baru di bawah pentadbiran Dato' Paduka Mukhriz Mahathir.

Harapan pihak BERSIH KUIN agar Kerajaan Negeri Kedah yang baru ini dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit didalam KUIN terutamanya berkaitan soal kebajikan Kakitangan KUIN yang di tindas Kerajaan Negeri Kedah dan Rektor KUIN, Jamil Osman sebelum ini

Antara kandungan yang dipersetujui untuk dikemukakan di dalam proposal tersebut adalah seperti Kerelevanan kewujudan Jamil sebagi Rektor KUIN, penubuhan jawatankuasa siasatan penyelewengan Jamil dalam KUIN, penstukturan semula dalaman KUIN, kedudukan anak syarikat KUIN, menarik balik kuliah pengajian yang dahulunya berada di bawah Insaniah Holdings ke dalam KUIN, menurunkan yuran pelajar, pemerkasaan kuliah pengajian Islam.

Malah cadangan untuk gantikan Jamil sebagai Rektor nanti mestilah dari yang berlatarbelakangkan pengajian Islam, menerima pakai Pekeliling kenaikan gaji 13 % , elaun sara hidup dan semua pekeliling Kerajaan, Menamakan Mufti Kedah dan Ketua Hakim Syarie sebagai ahli lembaga pengarah KUIN, mengkaji semula kampus KUIN di Kuala Ketil dan lain-lain lagi yang akan dimaklumkan.

Hasil perbincangan, Mc pun belum dimaklumkan.. Insyallah akan Mc follow up kelak.


McTheory:
Doakan yang baik-baik sajaa..

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa tntang pengiraan gaji kami yg agak pelik..yg kami tau gaji kmi pngawal kselamatan rm836 tp kuin bayar rm740 ja..dn jgn lupa pasal ot kami dh 3 bulan x bayar...

Tanpa Nama berkata...

Perbuatan boleh disembunyi di mata manusia. ALLAH maha mengetahui.... Semuanya rahsia Allah...

Berkata kata amat mudah hanya guna mulut
Melaksanakannya dan memberi kejayaan tidak semua mampu.......

Itulah kata mutiara org Melayu.... MENANAM TEBU DI BIBIR..... kpd yg berebut kuasa.. zaman dah moden tak perlu tanam pegi beli aje gula

Ada kuasa duit di belakang KERUSI.... ada udang dah tak laku...