Setiausaha Kerja PKR Kedah, Mohd. Muhaimin Hassan hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu dan menyerai UMNO. Tindakan beliau itu akan turut disertai oleh 200 pengikut yang lain kerana kecewa dengan masalah moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mohd. Muhaimin berkata, terkejut dan insaf apabila melihat rakaman video Saiful Bukhari Azlan yang melakukan sumpah laknat di hadapan Kaabah bagi mempertahankan dakwaan bahawa dia telah menjadi mangsa seks songsang pemimpin pembangkang itu.

Beliau sebelum ini tidak mempercayai semua tuduhan terhadap pemimpin PKR itu tetapi apabila melihat video di Youtube, dia menyedari bahawa dakwaan Saiful Bukhari adalah benar kerana jika seseorang yang berniat jahat sahaja ketika hendak berhadapan Kaabah dia pasti ditimpa bencana.
Mohd. Muhaimin juga memohon maaf kepada negarawan ulung Tun Dr. Mahathir Mohamad di atas perbuatannya selama ini yang mencerca pemimpin berkenaan.
Turut hadir pada upacara pengisytiharan keluar PKR itu ialah Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Kedah, Datuk Mukhriz Mahahtir.yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam. - Utusan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan