Rabu, 8 Mei 2013

TERKINI!! Ustaz Azizan Mantan MB Kedah Masih Koma, Belum Meninggal! #HanyaDiKedah


Pagi tadi Mc mendapat satu sms dari seorang sahabat yang bertanyakan tentang kesihatan Ustaz Azizan, sebab dikatakan Ustaz Azizan kena serangan jantung yang teruk. Memang benar, Ustaz Azizan sedang tenat.

Ustaz Azizan diserang penyakit jantung dan beliau dihantar ke KMC (Kedah Medical Center). Semasa di KMC, beliau dilawati oleh MB Baru Kedah, Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Kemudian, Ustaz Azizan sekali lagi dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang, kerana disana peralatannya lebih canggih.

Mc menafikan kenyataan Ustaz Azizan sudah meninggal, kerana beliau masih lagi dirawat dan sedang dalam keadaan KOMA.

Kalau tak percaya boleh ke Hospital Pulau Pinang sendiri untuk mengetahui hakikat yang sebenar.

McTheory:
Marah macam mana pun, kita orang Islam, doakan beliau selamat.

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

KETEPIKAN EMOSI POLITIK. MARILAH KITA SEMUA MENDOAKAN SEMOGA BELIAU KEMBALI SIHAT. INSYA-ALLAH, AMIN!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Semoga Ust.Azizan sentiasa dilindungi Allah dengan penuh ketenangan dan keimanan.Amin....

Unknown berkata...

Amin3x

Tanpa Nama berkata...

Semoga cepat sembuh Ust Azizan

Tanpa Nama berkata...

moga Allah s.w.t. permudahkan apa yg terbaik utk hambaNya. sama2 kita doakan... amin...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, Ya Allah, semoga Ust Azizan disembuhkan. Kasihan Ust banyak hadapi tekanan. Moga dgn izin Allah Ust Azizan segera sembuh.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Ustaz Azizan cepat sembuh.Apalah sangat hidup ini, hanya sementara, yang azali menunggu disana..selama-lamanya. Apa pun perbezaan kita kan semua Islam. masih berdoa pada Allah yang satu.
Cukup-cukup lah melayu..bersatu lah.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Ust Azizan cepat sembuh... Al Fatihah

Tanpa Nama berkata...

Walaupun saya penyokong tegar umno tetapi saya amat berharap dan berdoa ust azizan sembuh dan selamat

Tanpa Nama berkata...

apehal Al-Fatihah pulak.. adat doakan org sembuh bukan dgn Al-Fatihah.. ish2..

Tanpa Nama berkata...

Kena ingt, dr kalangan PAS, Ust Azizan lh yg paling tk bermusuh dgn UMNO.. sbb itulah dia diperangi dlm PAS. Kdg2 dia terpaksa juga turuti rentak resmi PAS yg suka bermusuh dgn org UMNO tnpa sbb..

Ust Azizan berjiwa Melayu, dan dia tk suka gaduh2 dgn sesama Melayu Islam. Semoga Allah berkati Ust Azizan dan sembuhkan segera sakitnya. Aminn..

UMNO berkata...

Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita Roboh.. Semoga Ustaz Cepat Sembuh InsyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

sya doakan semoga beliau sembuh amin

Tanpa Nama berkata...

Semoga beliau segera sembuh spt sediakala. In Shaa Allah. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Wah, baru abis raya nak raya lagi ke? Hari ini dalam sejarah la.... Seminggu pun tak sampai lagi.

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah ibu segala doa..ya kita doakan beliau sembuh, itulah kelebihan org Islam kita boleh berbeza pendapat tetapi kita tetap bersaudara, Allah benci pada yg melampaui batas. Ya Allah sembuhkan saudara kami ustaz Azizan semoga beliau boleh membantu MB baru kita memertabatkan Islam sebagai addin.

McTheory berkata...

Dah meninggal, boleh baca kat

http://kedahkekl.blogspot.com/2013/09/terkini-mantan-mb-kedah-ustaz-azizan.html