Rabu, 8 Mei 2013

TERKINI! YDP Agong Dan MB Kedah Melawat Ustaz Azizan di Wad ICU! #HanyaDiKedah


Laporan kesihatan Ustaz Azizan dikatakan stabil walaupun tahap kesihatan beliau agak merosot. Sebentar tadi YDP Agong dan MB Kedah yang baru Datuk Paduka Mukhriz datang melawat Ustaz Azizan di wadnya.

Hingga sekarang masih ada yang bawa cerita bohong yang mengatakan Ustaz Azizan sudah meninggal. Sudah-sudah la tu.. Beliau masih lagi dirawat. Sama-sama kita doakan beliau cepat sembuh!

Kenyataan media oleh YAB Dato' Paduka Hj Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman -

"Dari keterangan kepada DYMM YDP Agong oleh pakar-pakar di Hospital Besar Pulau Pinang, didapati keadaan kesihatan YB Dato Seri Azizan Razak mantan MB Kedah kritikal tetapi stabil. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman mendoakan rawatan yang sedang dijalani akan berjaya memulihkan keadaan beliau sehingga sembuh sepenuhnya insya'Allah."


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

5 ulasan:

zul ibrahim berkata...

Aku doakan semoga YB cepat sembuh,walaupun aku dari pro kerajaan tapi aku tengok YB ni tegas dalam soal agama ,tu yang aku tabik

Tanpa Nama berkata...

itu yang harus dilakukan..menzarahi saudara seagama..doakan beliau cepat sembuh...Tahniah kepada YB Mukhriz..tunjukkan sifat orang muda yang terpuji....

Tanpa Nama berkata...

Tahniah YB walaupun berbeza dlm pendapat politik tapi YB maseh menunjok sikap yg professional dan menghormati YB Dato Seri Azizan sebagai individu. Pemimpin mcm ni lah yg kita hendak.

Tanpa Nama berkata...

Saya hormati dan sayangkan YB Dato Seri Azizan wpun dia dr parti sebelah sana. Sikapnya yg tidak suka bergaduh sesama Islam termasuk dgn UMNO, tegas pd bukan Islam suatu contoh wpun banyak parasit dlm pentadbiran Kedah.

Syabas buat Dato Mukhiriz yang kali ke-2 menziarai Ust Azizan, tunjukkan persaudaraan mulia ini sbg contoh ikutan rakyat jelata..

Moga disembuhkan dan sihat buat Ust Azizan Razak. Aminn

Tanpa Nama berkata...

Semoga ust azizan segera sembuh... Byk persoalan yg perlu dijawab, PNG, balak, kuin, khtp, salihiah dll.