Selasa, 7 Mei 2013

TUDIAA!! Pas Kedah Plan Nak Jatuhkan Azizan!! #HanyaDiKedah


Berita kat bawah ni, macam platform nak sepak seseorang keluar dari jawatan tertentu. Tak kisah la apa Pas nak buat. BN nak fokus majukan Kedah dulu.

PAS Kedah akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengenal pasti punca kekalahan teruk parti itu, sehingga hilang kuasa kerajaan negeri kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum Ke-13 (PRU13), Ahad.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata PAS Kedah juga akan mengkaji semula struktur pimpinan parti itu termasuk jawatan Pesuruhjaya negeri yang kini dipegang Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Bila berlaku kekalahan seperti ini, PAS Pusat akan melantik satu jawatankuasa untuk mengkaji semua struktur kepimpinan bagi melihat dari segi jangka masa panjang," katanya kepada pemberita.

Pada PRU13 dua hari lepas, PAS hanya menang sembilan daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri berbanding 16 pada PRU 2008.

BN Kedah memperoleh 21 kerusi DUN untuk mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Phahrolrazi berkata hasil bedah siasat itu akan diserahkan kepada PAS Pusat untuk membuat penilaian sebelum menentukan tindakan lanjut demi masa depan parti itu.

Beliau yang mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kundur berkata prestasi buruk parti pada PRU13 mungkin disebabkan beberapa faktor seperti melibatkan kepimpinan parti, percaturan calon tidak sesuai, jentera dan kelemahan dalam organisasi terutama di kawasan yang tewas.

Katanya semua organisasi dalam PAS akan mengadakan mesyuarat agung dan membuat pelantikan baharu dalam masa terdekat.

"Selepas mesyuarat agung tahunan PAS Pusat, jawatan Pesuruhjaya negeri akan dilantik semula. Jika perlu perubahan, kepimpinan PAS Pusat akan membuat keputusan," katanya.


McTheory:
Hangpa buat la apa yang patut.. he he..

5 ulasan:

Godisuno berkata...

Suka ulasan PAS Kedah. Rasional mencari salah parti sendiri bukan menyalahkan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Orang kedah dah rasa pahit maun dan alami zaman suram di bawah rejin jin jin pas kedah..

Tanpa Nama berkata...

Rakyat patut bersyukur dibawah BN yg terbukti byk menyelesaikan massslah rakyat kedah

Anak Kota berkata...

tolonglah kekalkan Melayu di Kedah..kekalkan Barisan Nasional di Kedah..Melayu lah harapan saya berkembang di sana..jangan khianati sesama kita .. -Zambri KL-

Musa berkata...

Kata Nik Aziz ... Pas tumbang di Kedah disebabkan Pas gagal memberi penerangan kepada rakyat dikawasan berkenaan disebabkan sekatan oleh UMNO dan BN...bukan begitu pak nik.. sebenarnya orang Kedah dah loya dan muak dengan orang macam pak nik nih... Pemimpin2 Pas Kelantan juga ada sahamnya dalam menumbangkan Pas Kedah