Sabtu, 12 Oktober 2013

HOT! Wanita Melayu di Tembak Dua Das di Lampu Isyarat!


Seorang wanita Melayu umur lebih kurang 21 tahun pada jam lebih kurang 6.45 petang 11hb Oktober 2013 ketika sedang memandu kereta jenis Proton Persona nombor pendaftaran WWB 5519 dari rumahnya Kg Karang menuju ke Kubang Kerian.

Apabila sampai di lampu isyarat binjai berhampiran dengan Balai Polis Binjai, Kota Bharu beliau telah memberhentikan keretanya memandangkan lampu isyarat merah. Tiba tiba beliau telah ditembak sebanyak 2 das tembakan dan mengenai di bahagian lengan kanan dan tapak tangan kanan.

Mangsa terus di kejarkan ke wad kecemasan di Hospital Universiti Sain Malaysia Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Suspek yang melepaskan tembakan di percayai 2 orang lelaki bangsa Melayu memakai topi keledar gelap menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC warna merah nombor pendaftaran tidak pasti.

Motif kejadian masih lagi di siasat.

Polis kini sedang giat melancarkan gerakan untuk memburu kedua-dua suspek.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mcmni cara gaya melayu nak bantu tolong melayu... hahaha !!...
la ni terang2 nampak naa... melayu nak bunuh melayu !!
dpt je suspek.. jangan kasi can.. tibai cukup2.. jangan kasi pluang suspek & lain2 penjenayah ulang buat keja mcmni lagi !!

Tanpa Nama berkata...

Tembak je suspek bagi mampos. senang kerja. Simpan buat habis lemak je.