Kita sambung lagi cerita tentang Candi Lembah bujang dan beberapa fakta yang telah disembunyikan oleh MalaysiaKini sewaktu mendedahkan ceritanya kepada umum.
Kisah tentang perobohan "Candi" di Merbok kini dijadikan cerita panas. Malah pihak yang tidak tahu menahu tentang cerita ini pun kini bertukar menjadi pakar sejarah.
N. Surendran menyamakan perobohan "candi" tersebut sebagai tindakan setara Taliban memusnahkan patung Budha di Bamiyan satu ketika dulu.
Sebenarnya, ada tiga perkara yang Malaysiakini sembunyikan dari pembacanya, supaya perobohan "candi" ini akan dipersalahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah, dibawah pimpinan YAB Dato Paduka Mukhriz Mahathir.
1. Malaysiakini gagal memberitahu pembacanya bahawa "Pemaju telah membuat semakan status tanah, dan mendapat kebebasan dari terikat dengan apa2" pada 14 Januari 2013, dan meneruskan pembelian tanah tersebut pada Februari 2013 . Siapakah kerajaan negeri yang memberi "clearance" pada masa itu, bukankah kerajaan Pakatan Rakyat, yang merupakan penaja penuh Malaysiakini?
2. Dari manakah wartawan Malaysiakini mendapat Gambar Before/ After Seperti diatas? Mereka pastinya menulis artikel dari Kuala Lumpur dan tidak tahu pun dimana Candi Merbok tersebut. Sebenarnya,tidak ada Candi yang dirobohkan, yang dirobohkan hanyalah replika yang dibina pada tahun 1974, diatas tapak asal candi. Jadi, faktanya, TIDAK ADA CANDI YANG DIROBOHKAN.
3. Candi tersebut adalah tinggalan kerajaan Melayu beragama Hindu masa lampau, dan tidak sepatutnya dijadikan isu perkauman. Ini bukan Candi orang India, tetapi Candi Melayu.
Sebenarnya, isu ini adalah bukti kegersangan isu oleh DAP untuk memburukkan pemimpin Umno yang sepopular Mukhriz, kerana bimbang akan membayangi ketidakmampuan Ketua Menteri Pulau Pinang, yang hanya kuat retorik dan berbohong.
Sebenar, isu pemusnahan tapak arkeologi ini memang berlaku, tetapi di Seberang Perai, Pulau Pinang, dimana kawasan tapak arkeologi dirosakkan dengan pembinaan rumah-rumah burung walit dan penanaman nangka oleh kroni DAP.
Candi yang cuba dipelihara semenjak zaman British yang berusia 5000 tahun itu adalah tapak arkeologi Guar Kepah, di Seberang Perai. Tapi tidak mungkin Malaysiakini sebagai Agensi berita DAP akan berani menerbitkan isu ini kerana bimbang dimarahi Tokong mereka.
Kemusnahan tapak arkeologi Guar Kepah akan kami dedahkan dalam artikel seterusnya, dengan harapan Malaysiakini dapat mendahului kami di Kedahtimes dalam isu candi, kerana mereka kononnya prihatin.
Kami juga berpendapat, tapak arkeologi Guar Kepah sengaja dimusnahkan kerana ia mengadungi artifak yang membuktikan bahawa orang Melayu adalah penduduk asal Semenanjung Tanah Melayu, yang mengesahkan taraf bumiputra orang Melayu.
Mc setuju dan sependapat dengan Kedah Times.. rasanya memang saja dimusnahkan tapak arkeologi Guar Kepah tu kerana ianya membuktikan bahawa kewujudan bangsa Melayu di Pulau Pinang lebih 5000 tahun.
Cerita tentang tapak arkeologi Guar Kepah Mc ada tulis semalam.. boleh klik LINK kat SINI
4 ulasan:
Salam,
Guar Kepah merupakan tapak prasejarah, bukan candi. tiada candi di guar kepah. 5000 tahun ialah zaman neolitik. candi dibina dalam fasa ketamadunan. ada perbezaan antara prasejarah, protosejarah, dan sejarah. prasejarah ialah zaman tanpa penulisan, hanya ada tinggalan artifak dan ekofak. ia bermula sekitar 2.5 juta tahun hingga 2,000 tahun dahulu. protosejarah ialah period selepas prasejarah, dan sebelum sejarah. kebanyakan rekod dalam bentuk inskripsi. tulis sejarah pula dicirikan dari penggunaan tulisan; sudah ada rekod bertulis seperti manuskrip, teks dan sebagainya.
Kenapa sibuk sgt kita nk simpan byk tinggalan HINDU Melayu di Kedah? Tiada apa mnfaat, cukuplah setakat candi yg ada. Puak pelampau Hindu mula nk jdkn ini isu mcm roboh kuil??
Kenapa tapak ekskavasi Guar Kepah tk dipulihara? Xkisahlah ada apa bahan artifak atau pra sejarah zaman apapun. Krjn Penang tiba2 sibuk dgn negeri org lain apa hal? Mati ke rakyat klu roboh candi? Atau xsudah2 ramasamy pariah tu mau buat provokasi Paria Hindu???
Tanpa nama - persoalannya ia bukanlah tentang tinggalan Hindu,tetapi ia merupakan warisan kebangsaan. sejarah tetap sejarah, dan kita kena jujur dengannya. dari segi manfaat, negara islam seperti indonesia memperolehi jutaan USD setahun, impak dari tourism di candi borobudur dan prambanan. sekiranya kita ingin melihat isu ini sebagai isu politik, maka kita tak akan maju. ia harus dilihat sebagai isu warisan semua rakyat malaysia. dan rakyat malaysia lah yang bertanggungjawab menjaga warisan mereka.
Nk jujur? tk yakin dengan Allah ke? Yakin dgn candi hindu yg bg rezeki kita kaya? Bukan terjejas apapun candi berlambak2 lagi duk ada..
Kuil hindu beratus tahun pun byk dlm malaysia termasuk Batu Cave, xckup lg ke? benda yg jd warisna bangsa bila ia selari dengan Agama. selaind rtu dikira sesat dan khurafat.. skdr yg patut sudah lah..
mr chip.. habih tu apa pasai Guar Kepah u tk bising pun? Kenapa candi di Kedah je u concern sgt?
Catat Ulasan