Jumaat, 27 Disember 2013

INFO! Ayahanda Tun Dr Mahathir Nasihatkan Kerajaan Tentang 'Barang Naik'! #HOT


Putrajaya boleh meningkatkan pendapatan melalui pengurangan kos dan bukan melalui kenaikan harga barang keperluan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan perdana menteri itu berkata meskipun kerajaan memerlukan dana lebih besar setiap tahun bagi menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat, kerajaan boleh menggunakan konsep ‘cost down’ untuk mengurangkan pembaziran.

“Kita faham kerajaan memerlukan lebih wang tetapi itu tidak bermakna peningkatan seperti yang diumumkan.

“Adalah lebih baik mengurangkan kos, mengekalkan atau mengurangkan harga. Perkara sama boleh dilakukan kerajaan,” katanya dalam tulisan di blog Che Det hari ini.

Menurut Dr Mahathir, banyak dapat dijimatkan jika kerajaan serius bertindak berikutan Laporan Ketua Audit Negara mengenai ketirisan kerajaan.

“Kerajaan biasanya melakukan pembaziran kerana tidak memikirkan pulangan dalam apa juga bentuk perbelanjaan. Jika kerajaan berhasrat mengurangkan kos urus tadbir, mereka boleh melakukannya,” tulis beliau.

Dr Mahathir berkata Putrajaya boleh melakukan penjimatan sebanyak 50% jika lampu jalan digantikan dengan mentol LED.

“Penjimatan kepada bekalan elektrik dapat disalurkan kepada pengurangan subsidi bahan bakar bagi menjana tenaga namun ini tidak dilakukan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata meskipun rakyat memahami cukai lebih tinggi diperlukan bagi menanggung kos pembangunan tetapi peningkatan kos sara hidup harus selari dengan jumlah pendapatan.

“Pembayar cukai tidak mampu menanggung kenaikan cukai mendadak,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan kesan kenaikan cukai perlu dikaji terlebih dahulu.

“Mesti diingat adalah kenaikan cukai meningkatkan kos sara hidup, kos menjalankan perniagaan, mengurangkan keuntungan serta pengurangan cukai korporat kerajaan,” katanya.

Mantan Perdana Menteri itu turut menyelar kerajaan kerana meningkatkan tarif elektrik pada kadar 15% yang disifatkannya satu lonjakan besar kepada pengguna elektrik domestik selain memberi kesan kepada kos pengeluaran industri.

Katanya, kenaikan tarif elektrik itu sewajarnya dinaikkan secara berperingkat bagi mengelakkan industri yang telah memeterai perjanjian pengeluaran menanggung kerugian besar.

“Kenaikan tarif elektrik pada kadar 15% adalah satu perubahan besar. Kerugian pemain industri akibat kenaikan tarif elektrik itu akan menyebabkan mereka membayar cukai korporat yang lebih rendah akibat tidak mendapat keuntungan besar.

“Kenaikan tarif boleh dilakukan secara berperingkat seperti 6% setahun untuk tempoh tiga tahun atau lebih lama. Jika formula itu digunakan, peningkatan sebenarnya boleh meningkat kepada 18% berbanding 15% yang diperkenalkan kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Mahathir berkata melalui kaedah itu, kerajaan boleh menikmati kadar kenaikan lebih dari 15% tanpa menanggung apa-apa kerugian sebaliknya melengahkan kadar kenaikan tersebut.

Beliau tidak menafikan kerajaan memerlukan wang bagi mentadbir negara tetapi perlu memikirkan kos rakyat dan perniagaan sebelum memperkenalkan cukai baru.

“Ia tidak terlalu memberi kesan kepada kerajaan sebaliknya memberi faedah besar kepada rakyat. Malah hal itu akan dikenang dalam pilihan raya umum akan datang.

“Baru-baru ini, Presiden Perancis Francois Hollande meningkatkan cukai kepada 50% tetapi ramai yang meninggalkan Perancis bagi membangunkan perniagaan di negara lain,” katanya.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semakan semula tarif elektrik mengambil kira kepentingan rakyat dengan memastikan kebanyakan rakyat tidak terjejas.

Beliau berkata kenaikan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 71% daripada pengguna domestik di seluruh negara dengan tidak sampai 30% pengguna yang terlibat dengan kenaikan adalah pengguna industri dan komersial.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu dia....apabila penasihat bertauliah memberi nasihat secara free jer. Tak payah membazirkan berbilion ringgit pun. Tapi Najib tak mau pakai nasihat free. Najib cuma berminat nak pakai nasihat yang berbayar jer. Kurang-kurang penasihat atau konsultan yang dibayar jutaan ringgit. Tapi sebenarnya ramai yang tak sedar bahawa Tun M memiliki otak yang genius. Otak Tun M seorang sebenarnya boleh menggantikan berpuluh-puluh otak penasihat yang dilantik Najib. Free jer, boleh jimat duit kerajaan. Idea pun boleh diterima pakai dan sudah tentu rakyat akan terima dengan senang hati. Sekarang ni, idea penasihat Najib @ PEMANDU kebanyakannya semua tak boleh pakai. Makin menambahkan kebencian rakyat terhadap kerajaan adalah.

Tanpa Nama berkata...

patutnya Najib gunakan khidmat nasihat Tun dan buangkan jer PEMANDU lesen terbang tuh. tapi sekali pikir, mana Najib nak dengar cakap orang lain. cakap jer nak dengar denyut nadi rakyat, habuk pun tarak. Najib tak nampak sensitifnya kepada keadaan semasa. Najib nih sakit ker? takkan pulak sampai tak ambil tau langsung keresahan rakyat yang telah diperbodohkan dengan memberikan mandat padanya jadi PM. takut nanti teruknya tak boleh dibaiki lagi.

Tanpa Nama berkata...

Dengarlah cakap TNB tu,mereka pro pekerja anti IPP.Kalau nak buat rasionalisasi subsidi tenaga,buatlah dulu langkah2 penjimatan tenaga.Banyak badan2 kerajaan yang pakar tentang teknologi terkini dan maju berkaitan dengan penjimatan tenaga seperti suruhanjaya tenaga.Buatlah kerjasama.Bagi tempoh dan fikiran utk memberi insentif kepada pengguna2 tenaga jenis pukal dalam tempoh berkenaan.Langkah sebegini akan memberi kesan pertumbuhan baru dalam sektor teknologi hijau.Ia memberi kesan yang berganda dalam bentuk terknologi berinovasi.Kita mahu kesan yang berganda dalam ekonomi.Bukan meruntuhkan ekonomi yang sedia ada.Memang ler IPP ibarat anak emas,setiap payment kena mengikut tarikhnya.Tetapi,kesan yang berganda dalam membuka sektor2 ekonomi baru yang melibatkan penggunaan tenaga yang banyak sebagai contoh teknologi IT.Belum cerita bab sektor hartanah,pelancongan,perkilangan dll mengurus gaji perkerja berjuta manusia dan kembali membayar bil ultiliti bulanan.TNb mampu ker nak membuka sektor2 ekonomi baru dan akan menempuh risiko,kalau mengambil alih tunggak tugas IPP.Ada tanah gadai.Ada aset cairkan.Tapi hati busuk.

Tanpa Nama berkata...

Apa langkah2 TNB untuk mengurangkan kerugian di kawasan2 banjir bagi tahun hadapan?.Semua maklumat dan data sudah ada.Adakah dengan menaikan tarif elektrik,akan menyelesaikan masaalah kerugian mereka sepanjang tahun.Atau merugikan sektor ekonomi lain dan mengecilkan pendapatan koperat serta mewujudkan skim bersara swasta akan lebih menguntungkan mereka.

Tanpa Nama berkata...

mcm mana nak main isu kerajaan selangor tgkt hrga brg klau krajaan pusat sndri byk yg dtgktkn hrga brg? sndri mau ingat r. kesian kat blogger pro umno nak defend kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Tnb ramai yang pro pembangkang...

Tanpa Nama berkata...

kalau bonus dah cecah beribu, berbelas ribu,itu namanya rezeki.Andaikata boleh menjerut pinggan mangkuk rezeki pekerja kilang RM 900 ringgat sebulan.Itu dah melampau namanya.

Tanpa Nama berkata...

Hidup tak berkongsi,saling salah menyalah, satu sama lain.Berat sama di pikul,ringan sama di jinjing.Buat apa menegak benang yang basah.Termakan teori pembangkang.Hapuslah sifat hasrat dengki.Dunia akhir zaman.Fahamilah teori ekonomi malaysia,sepenuh2nya.Berpendapatan rendah dan sederhana tetapi hidup sejahtera.Kekalkan kehidupan yang sejahtera.

Tanpa Nama berkata...

Salam, Alhamdulillah..Tun M pada usia 80-an lebih cerdik Allah berikan padanya berbanding Nuar Brahi-China Doll, Nik Najis-celako.. bahkan Najib si bibir merah juga tertinggal jauh. krn asyik dgn bini dan punasehat berbillion..

Semoga berkat buat Tun M. Always the practical brilliant minded!

TNB dan PETRONAS dipenuhi pencachai pembangkang.. apa buleh buat..lepas mereka diambil kerja, dlu susah skrg dh senang mula lupa jasa, org yg xberjasa, just hasut dan fitnah jd pilihan mereka..xperlu buat apa2..tp doktrin berjalan.. itu kerja PR..

Unknown berkata...

Apa susah...kita curi karen...biar TNB TANGGUNG...