Rabu, 19 Mac 2014

HOT! #MH370 Malaysia Gagal Beri Kerjasama Dengan Negara Lain? #PrayForMH370


Ada khabar angin yang mengatakan Malaysia gagal memberi kerjasama yang baik dengan pasukan penyelamat negara lain. Betul ka apa yang diperkatakan tu? Atau ia hanya bisikan jahat dari orang yang tak suka tengok Malaysia hebat dimata dunia.

Baca berita dibawah,
Dalam apa yang disifatkan oleh media antarabangsa sebagai misteri paling membingungkan dalam penerbangan moden, bakal Duta Besar Jepun di Malaysia Dr Makio Miyagawa menafikan bahawa maklumat diberikan kerajaan Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) adalah tidak selaras.

Dalam taklimat media di kediaman duta itu di sini hari ini, beliau berkata setakat ini, tiada tanggapan sedemikian daripada anggota pasukan SAR Jepun.


"Terdapat 107 pegawai, terdiri anggota Kementerian Pertahanan dan Pengawal Pantai Jepun, berpangkalan di Lapangan Terbang Subang, dan tiada sebarang masalah seumpama itu daripada pihak kerajaan Malaysia.

"Kerajaan Malaysia memberikan kerjasama baik kepada kami, memberikan kami banyak maklumat, tepat pada masanya dan amat cepat. Oleh itu, kami tiada sebarang masalah untuk menyertai operasi ini," katanya.

Kepada soalan sama ada Jepun akan menghentikan misi SAR, Miyagawa berkata Jepun tidak akan menghentikan kerjasamanya untuk membantu Malaysia, malah akan meneruskan dan memperluaskan bantuan berdasarkan perkembangan terbaru.


Beliau berkata, Jepun kini menumpukan ke kawasan tenggara Indonesia, terletak di sepanjang garisan koridor selatan, tetapi akan bergantung kepada perkembangan terkini dan penyelarasan oleh kerajaan Malaysia.

Selain itu, katanya Jepun tidak berdepan halangan undang-undang dalam misi SAR, dari segi menjalankan operasi mencari di kawasan tenggara Indonesia.

Beliau juga menegaskan kerajaan Malaysia telah melakukannya dengan amat baik dan Jepun akan terus memberikan bantuan sebaik mungkin sebagai tanda perpaduan dengan kerajaan dan rakyatnya.

Tokyo menghantar pasukan Bantuan Bencana Jepun (JDR) pada 11 Mac, sebagai respons kepada permintaan Kuala Lumpur untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 itu.

Pada 8 Mac, pesawat Boeing 777-200ER MAS itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang dari radar pada 1.30 pagi, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Miyagawa berkata insiden MH370 tidak menjejaskan keyakinan komuniti perniagaan Jepun kerana Malaysia sentiasa menganggap pelaburan dari Jepun sebagai yang terbanyak dan terbesar.

"Bagi saya, insiden ini tidak akan menjejaskan aktiviti berkaitan perniagaan Jepun di Malaysia, dan sebagai duta baharu, saya ingin menggalakkan mereka mengekalkan ketabahan dan minat untuk mengambil bahagian dalam industri Malaysia," katanya.

Katanya sektor teknologi Jepun menyambut baik pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatannya ke Tokyo Disember lepas untuk turut serta dalam projek infrastruktur Malaysia, termasuk kereta api berkelajuan tinggi dan penyaluran air.

Miyagawa, 63, sebelum ini merupakan duta bertanggungjawab bagi Kerjasama Tenaga Nuklear Jepun-AS di Kementerian Luar, lulusan Doktor Falsafah (PhD) dari Oxford University dalam Hubungan Antarabangsa dan Undang-undang.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia dan rakyatnya atas pertumbuhan amat baik dan dari segi pemodenan berbanding pertama kali beliau melawat negara ini kira-kira 20 tahun lepas.

McTheory:
Siapa kata Malaysia tak pandai buat kerja?

1 ulasan:

Azhar Mohd Sapian berkata...

Cuma ada sebilangan orang yang kata malaysia x pandai....paham2 sudehhh.