Sabtu, 9 Ogos 2014

HOT!! Khalid Ibrahim di PECAT Dari Parti PKR!! #KrisisSelangor


KENYATAAN AKHBAR


Lembaga Disiplin KEADILAN telah meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib TAN SRI KHALID IBRAHIM (Cabang Kuala Selangor). Kes ini telahpun dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN bertarikh 9 Ogos 2014.

Berikut adalah keputusan yang dicadangkan Lembaga Disiplin, yang turut mempertimbangkan surat-surat balasan oleh TAN SRI KHALID IBRAHIM bertarikh 6 Ogos 2014 dan 8 Ogos 2014, dan dipersetujui Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

Beliau telah didapati mengingkari keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang bermesyuarat pada 21 Julai 2014 yang sebulat suara memilih Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Beliau telah membuat kenyataan media pada 22 Julai 2014 yang menyatakan keengganan beliau meletak jawatan Menteri Besar dan sehingga hari ini beliau terus enggan melepaskan jawatan tersebut.

Atas alasan ini sahaja pun, Lembaga Disiplin berpendapat beliau wajar dipecat.

Majlis Pimpinan Pusat turut mengambil maklum bahawa:

• Beliau ingkar terhadap keputusan yang telah dicapai oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang turut dihadiri Dato’ Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, sdr Lim Kit Siang, dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai:

o menangguhkan proses dan perbincangan mengenai projek Langat 2;

o menangguhkan kenaikan elaun Speaker, Menteri Besar, EXCO dan ADUN negeri Selangor;

• Beliau turut gagal mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang dipersetujui sendiri oleh beliau untuk melibatkan Jawatankuasa Penstrukturan Air Selangor dalam isu penstrukturan aset air Selangor;

• Beliau turut berkeras untuk meneruskan projek Lebuhraya KIDEX walaupun parti sudah mengarahkan beliau untuk mengkaji semula projek tersebut kerana ia bertentangan dengan matlamat dan manifesto Pakatan Rakyat yang dibentangkan sebelum Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu;

• Beliau turut gagal memberikan penjelasan sepenuhnya kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat mengenai isu pelupusan hutang beliau dengan Bank Islam bernilai hampir RM70 juta.

Oleh yang demikian, adalah diumumkan bahawa TAN SRI KHALID IBRAHIM dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat, berkuatkuasa serta-merta.

DATO’ DR TAN KEE KWONG
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN
PARTI KEADILAN RAKYAT
9 OGOS 2014

McTheory:
Lepas pelbagai tawaran pun Khalid tolak. Akhirnya beliau dipecat!! Adil sungguh parti PKR ni no..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YAAAHHHOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO!!!!!!!!!!!!!!



PUAN AZIZAH MB SELANGOR!!!!!!!!


SELANGOR MAJU!!!!!


TERKABUL JUA AKHIRNYA!!!!!!


JANGAN MARAH AAA..

Tanpa Nama berkata...

Tak marah..dah tahu PKR keluarga 69...

Tanpa Nama berkata...

Kahkahkahkah..kes khalid cepat betul ya...kes Nuar Aljub tangguh pula..apa macam macai..
Khalid bubar saja DUN sementara ada kuasa...tuanku mesti setuju pun dgn cadangan tu

Tanpa Nama berkata...

LU MIMPI KA APA ? BILA ZIZAH JADI MB SELANGOR ? TARAK SEKOLAH KA ?
ANJING PAKATAN HARAM JADAH TARAK SEKILAH.
JGN MARAH AAA. . . .
YAAAAAAAAAHOIOOOOOOI

Tanpa Nama berkata...

LU INGAT ITU MB SELANGOR ITU ANWAR PUNYA BAPAK PUNYA KUASA KA ?
SIAPA MB SELANGOR ? BILA ZIZAH JADI MB SELXNGOR ? BIDOH KA ?

Tanpa Nama berkata...

Kehancoran demi kehancuran melanda PR. Selangor darul sodom takkn aman, bala akn turun bertali. Mereka zalim menzalimi, seolah2 tiah peduli dgn kemurkaan Allah.

Begitu terang jelas Anwar pkr dap sudah gila melampau, tidak ada kemanusiaan lg dlmkamus hidup mereka melainkan tamak haloba gila kuasa mngkayakan keluarga Anwar. Macai PR terus bodoh menjilat.

Khalid jg takkn berdiam diri, balasan Tuhan pasti tiba buat PR. Senang2 permainkn undi dn demokrasi pksa khalid yg jd mb sah nk diganti dgn jijah munafik anak branak anwar... Allahu akbarr kezaliman dh btl2 menjelma di Selangor!!

Tanpa Nama berkata...

Juburian maha firaun....

Tanpa Nama berkata...

Org Selangor x perlu org luar jd MB! Selangor negeri terkaya hasil dr pimpinan anak jati Selangor yg jd MB sejak dulu lg!!