Lebih 10.000 peserta menghadiri Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kedah di UUM Sintok Kedah awal pagi tadi. Program yang dimulakan seawal 7.00 pagi turut dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat dan juga pelajar UUM sendiri yang juga terdiri dari pelbagai kaum serta warga asing turut serta di Hari Sukan ini.
Menteri Besar Kedah, Dato Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir yang hadir untuk merasmikan Hari Sukan Peringkat Negeri ini, tidak melepaskan peluang untuk turun padang bersukan bersama rakyat dan merasmikan program ini yang diadakan serentak di seluruh negeri Kedah dan juga diseluruh Malaysia.
Menurut Dato Seri Mukhriz, Hari Sukan Negara merupakan acara yang julung kali diadakan dinegara kita khususnya negeri Kedah ini, kita jayakan dengan cukup cemerlang dan mendapat sokongan rakyat walaupun keadaan cuaca dan kesuraman ekonomi semasa.
Ujarnya lagi, Hari Sukan Negara ini merupakan agenda besar dalam kalendar negara. Sambutan ini merupakan suatu inisiatif kerajaan dimana ia adalah satu langkah proaktif dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara ' Sporting Nation'.
Hari Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup sihat cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah pada kadar 40 peratus berbanding 50 hingga 60 peratus kadar yang ditetapkan untuk Negara Maju.
Semestinya Hari Sukan Negara ini perlu diadakan setiap tahun, malah disyorkan kerap, kerana, ia membimbing kita menjalani hidup yang lebih sihat.
sumber http://www.mukhrizmahathirfc.com/2015/10/lebih-10-ribu-sertai-harisukannegara.html
1 ulasan:
di harapkan bukan sekadar benda sementara dan di harap bukan sekadar cara ahli politik untuk mendapat duit negara dalam poketnya
Catat Ulasan