Memaparkan catatan dengan label adun pas malas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label adun pas malas. Papar semua catatan
Rabu, 6 Mac 2013
TUDIAA!! Adun Pas Kedah KANTOI Suka Pi Danok? #TukarKedah
Kita lupakan sebentar apa yang berlaku di lahad datu. Kali ni aku nak tulis sikit pasal YB Nasir Adun Kubang Rotan dimana baru baru ni beliau gelabah apabila rakaman audio dari group beliau menghentam Azizan didedahkan.
YB yang gila glemer ni terpaksa memanggil wartawan untuk menjelaskan bahawa rakaman itu bukan miliknya. Ceh.. tak sudah-sudah YB Pas ni menipu. Sudah la malas bekerja, asyik menipu saja kerja depa.
Berbalik kepada tajuk diatas, kenapa aku kata YB Nasir kaki danok? Jawapannya mudah. Sengaja aku nak melawak dengan YB Nasir supaya Nasir lebih beringat, beradap dan lebih matang dengan apa yang ditulisnya dalam FB..
Beberapa hari lepas Nasir memuat naik gambar sebuah mesin ATM di Danok. Aku tak kisah Nasir ni kaki Danok ka kaki hatyai ka memandangkan beliau seorang pemimpin muda Pas dan wajar untuk ke sana.
Jangan salah erti, mungkin tujuan beliau ke danok untuk melawat adik adik sekolah pondok disana. Jangan kita lupa di Selatan Thai memang banyak dengan sekolah pondok..Hehe..Jadi adalah satu kewajaran bagi pemimpin Pas untuk buat lawatan disana..Betul tak??
Cuma aku tak puas hati dengan ayat yang Nasir tulis dalam tu.kononnya mesin ATM selamat di Siam sebab tak dak Umno..Kenapa mesti dan harus dikaitkan dengan Umno?
Nak tau apa cerita yang terjadi lepas dikaitkan tu, meh baca kat SINI
Ishh, kerap Adun Pas pi Danok tu, ada apa kat sana? Best ka?
McTheory:
Mesti ada masjid besar-besar kat Danok kan, sebab tu Adun Pas suka pi sana.. betui dak?
Selasa, 19 Februari 2013
PANASS!! Siapa YB Pas yang Digugurkan namanya menjadi Calon? #TukarKedah
Kalau mengikut maklumat dari blogger Kamera Kupang, YB yang menipu orang kampung kat Kupang, Baling sana tu, tak tersenarai nama sebagai calon. Betui ka?
Apa kes sebenarnya yang berlaku ni. Nama YB Johari tidak tersenarai sebagai antara calon yang akan bertanding diatas tiket PAS. Malah YB Johari juga tidak berkemampuan untuk mempertahan kerusi yang dimenangi beliau pada PRU12 DUN Kupang.
Apa sebenarnya yang berlaku ?
Menurut maklumat, tempat YB Joe akan di gantikan oleh salah seorang tenaga pemuda PAS. Beliau juga seorang tenaga pengajar serta mempunyai jawatan besar dalam DPP PAS kawasan dan juga Negeri.
Punca yang menyebabkan kemungkinan YB Johari di gugurkan, disebabkan ketidakupayaan YB joe dalam menepis beberapa isu besar yang berlaku dalam PAS di kawasan Baling hari ini.
Untuk makluman semua, YB Joe merupakan pemimpin utama PAS kawasan Baling selepas mengalahkan Ahli Parlimen Baling (PAS), Ustaz Taib Azamuddin.
Namun disebabkan beberapa isu besar dan penolak rakyat terhadap YB Joe, akhirnya beliau digugurkan. Mc amat bersimpati dengan berita ini. Takpa YB Joe, masa masih panjang. Cuba lagi lain tahun. he he..
Untuk tambah menarik, Mc sertakan video kenapa YB Joe tak lagi dipilih untuk menjadi calon.
McTheory:
Sapa la nak undi orang yang merosakan segalanya..
Khamis, 12 Julai 2012
TUDIAA!! Adun Pas yang Larikan Diri Tu Tukar Kawasan Pulak? #AdunMalas Hahahahaha...
Yb Nasir Mustafa ialah Adun bagi kawasan kubang rotan dimana baru baru ini terdapat kes terbaru membabitkan PA beliau yang ditangkap oleh pihak polis kerana disyaki menipu orang ramai dengan mengutip wang pendahuluan bagi memiliki sebuah rumah kos rendah yang tidak pernah wujud sama sekali..
Cabaran pernah dibuat kepada beliau supaya menjelaskan sendiri siapa sebenarnya Ah Keng (pembantu peribadi yang paling dipercayai) oleh YB Nasir (baca sini) Namun sehingga kini beliau hanya berdiam diri..
Semalam Adun yang sama juga dikatakan melarikan diri dari orang kampung. Kini tukar kawasan la pulak.. kelakar betul la Adun Pas Kubang Rotan ni. Ehh.. Kubang Rotan ke Kubang Pasu? hahahaha..
Sudah la Nasir ni antara Adun Pas yang paling malas bekerja di kawasan. Kini muncul dengan pelbagai kontroversi, Mc dok nampak jangka hayat Nasir kat Kubang Rotan dah tak lama.
Malah si Nasir juga pernah menyindir Datuk Latt Shariman Ketua Bahagian UMNO Kuala Kedah, yang ketika itu sedang lepak minum bersama Mc. Ketika itu kami baru pulang dari melawat rumah terbakar.. katanya "YB bukan BOMBA" sungguh riak dan sombong Nasir ketika tu.
Apakah Nasir lupa kuasa ditangan rakyat? Dunia berputar.. kadang-kadang diatas, kadang-kadang dibawah.. tunggu laaa..
McTheory:
Ni baru sorang Adun Pas yang kongkalikong! Banyak lagiii...
Ahad, 22 April 2012
PANASS!! Adun Pas Kedah Malas Baloq Liat!! #AdunMalas
Lihatlah dengan mata kepala kalian sendiri wahai pengundi2 Dun Bukit Lada sekalian. Inilah wakil rakyat yg kalian pilih utk mewakili suara dan membela nasib kalian di dlm Dewan Undangan Negeri Kedah..
Langgan:
Ulasan (Atom)




