Sponsor

Memaparkan catatan dengan label murtad gereja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label murtad gereja. Papar semua catatan

Rabu, 30 Januari 2013

TUDIAA!! Apa cerita gadis bertudung dalam gereja?


Sumber Gambar : MyMassa


Mungkin hasil dari keberanian YB Nurul Izzah menyatakan orang Melayu Islam bebas memilih agama masing-masing. Muslimah-mulimah yang termakan kata itu kini berani berkumpul di dalam gereja mendengar ceramah.

Terdapat sumber mengatakan perkara ini berlaku di Ipoh, Sabah, Selangor dan pelbagai lagi spekulasi. Wallahualam .Tapi yang pasti, benda ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja. Hasil kedengkelan, serta didikan pembangkang yang membenarkan perkara-perkara seperti ini berlaku. Moga pihak berkuasa dapat segera menyelesaikan masalah ini sepantas yang mungkin.


Jika perkara begini berterusan agaknya apa jadi pada anak-anak kita kelak? Tidak mustahil Anwar akan jadi seperti Gus Dur dalam video ini :


Segalanya mungkin bagi Anwar yang kemaruk mahukan kuasa. Percaya atau tidak ini akan berlaku?


Sumber asal dari blog Mamak Keris7Lok.. he he he..

Selasa, 23 Ogos 2011

PANAS!! Pemeriksaan Jais ke Gereja, Video terakhir!!


video



Bahagian III dan terakhir pemeriksaan JAIS terhadap GMDU pada 3 Ogos 2011 yang dipertikaikan banyak pihak. Apapun kita jangan lari dari isu pokok iaitu gerakan kristianisasi terancang oleh pihak yang tidak menghormati kesucian Islam dan Perlembagaan Malaysia. 

Isu ini menuntut kerjasama semua pihak yang mengaku mempertahankan kesucian Islam di Malaysia, lebih-lebih lagi mereka yang melihat isu ini dari perspektif meneruskan kelansungan politik di Malaysia dalam cubaan "menuju ke Putrajaya".

Insya Allah, Tukang Screw akan dedahkan konspirasi terancang pihak-pihak yang tidak mahu melihat Islam terus subur di bumi bertuah ini pada masa-masa akan datang. Apapun isu ini mendedahkan kelemahan umat Islam dan pihak yang dipertanggungjawabkan menjaga dan mempertahankan Islam. 

Diharap ianya dapat menjadi iktibar bersama supaya masing-masing dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan manakala di satu pihak lain perlu menyedari bahawa status Islam sebagai agama rasmi negara ini jelas termaktub dalam perlembagaan dan wajib dihormati jika mahu anutan dan pegangan anda dihormati oleh umat Islam di negara ini. Wallahualam.

Screw Kuat

Jumaat, 19 Ogos 2011

Dok kata dah, Pemuda Pas tuduh Isu Jais-Gereja konspirasi UMNO!



Nampaknya Pemuda Pas dah tarik handbrake! Dulu kata nak sokong Jais mengenai serbuan ke gereja DUMC, hari tiba-tiba buat kenyataan kata menafikannya pula.

Itulah Pas, setiap keputusan dan pendapat mereka tak pernah tetap. Berubah-ubah seperti lalang. Bila angin kuat ke kanan, ke kanan la pergi. Bila angin kuat ke kiri, kekiri la perginya.

Perkara sensitif isu murtad macam ni pun dorang ni tuduh UMNO punya kerja. Mc dah agak dah, sejak Mustapa Ali kata ini kerja UMNO, pasti pengikut Pas yang lain akan turut menuduh UMNO walaupun tanpa bukti.

Sekarang ni jika ada perkara atau isu yang berlaku, UMNO la punca dan penyebabnya.

Bukankah setiap serbuan Jais akan ada rakaman video yang menyokong segala tindak tanduk mereka. Ini soal keselamatan dan pembelaan diri. Jika terjadi sesuatu, rakaman video tersebut menjadi saksi.

Apakah kerana rakaman video tersebut, maka UMNO di tuduh jadi penyebabnya. Sememangnya puak Pas ni sengaja mencari punca dan sebab untuk bermusuh dengan UMNO.

Sudah-sudah la Pas, semua orang tahu, demi undi, agama pun korang sanggup gadaikan. Jangan cari alasan lain la untuk menyalahkan UMNO. Dari mula lagi sememangnya pimpinan Pas tak peduli langsung hal murtad ni. Pas hanya pedulikan hal undi dan sokongan Dap.

Demi undi kristian, umat Islam murtad pun takpa, betul tak Pas??

McTheory:
Biasala.. Alah bisa tegal biasa..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Selasa, 16 Ogos 2011

PANAS!! UMNO SOKONG ISLAM MURTAD??

Setiap patah yang keluar saja dari mulut khawarij pasti akan ada putar belit,pembohongan dan fitnah.Dah sifat hakiki puak khawarij begitulah mereka menyombong atas kebodohan diri sendiri dengan penuh keangkuhan.

Polimik isu murtad DUMC ,khawarij PAS dilihat keterlaluan membabi buta menghentam Hasan Ali dan pihak JAIS.Seharusnya kitalah yang pertama mempertahankan tindakan JAIS dan Hasan Ali bukan mempersoalkan tindakan mereka.Isu ini merentasi batas politik,ia isu akidah.

Apabila khawarij PAS terjerat,mereka salahkan Umno pula,sedangkan merekalah yang melacurkan agama.Lihat dibawah bagaimana khawarij cuba alihkan isu.

Bolehkah anda percaya kata kata Salahuddin Ayub atau lebih mesra dikenali sebagai Din Pudu?

Din Pudu menuduh Umno menolak undang undang mencegah murtad.Kemudian hujah beliau dijadikan bahan untuk kaum puak khawarij menyalahkan Umno semata mata mahu menutup kegagalan,kelemahan dan kebodohan khawarij PAS sendiri .

Wah,hebat sungguh kaum puak khawarij berhujah ,apa depa ingat semua rakyat bodoh?Apahal nak meminda Perkara 11 Perlembagaan,apa kena mengena enekmen negeri dengan perlembagaan negara? Mana bukti Umno menolak undang undang anti pencegahan murtad?Kalau tak ada bukti jangan bohong kepada rakyat.Ini bulan puasa bang,sudah lah akidah umat Islam pun dilacurkan oleh khawarij ada lagi niat nak bohong pada rakyat.

Din Pudu tak guna kamu jadi Ahli Parlimen tapi perbodohkan rakyat! Sepatutnya Din Pudu tahu bezakan diantara Perkara 11 Perlembagaan Negara dan Enekmen Agama Negeri ,Soal enekmen agama bukan tempatnya di parlimen,sebaliknya dibawah Majlis Agama Islam Negeri,Majlis Agama Islam negeri kuasa mutlaknya dibawah Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu,jika ada pindaan harus dibawa ke Majlis Raja Raja. Apa kejadahnya nak dibawa ke parlimen?

Umno tolak undang undang anti murtad? Cuba bagi satu negeri dibawah pemerintahan khawarij yang ada undang undang anti murtad,tak payah cakap negeri lain,kita tengok Kelantan dah 20 tahun khawarij perintah ! TAK ADA! Apa wali selipar buat? Percayalah sampai dia mampos pun dia takkan buat undang undang anti murtad Kelantan.

Undang undang anti murtad hanya ada di Negeri Sembilan,itu pun diperintah oleh KERAJAAN UMNO! Jadi dimana yang dikatakan Umno menolak undang undang anti murtad?

Khawarij PAS kalau bersungguh nak buat undang undang pencegahan,janganlah hangat hangat tahi ayam dan berbohong kepada seluruh umat Islam dinegara ini seperti mana berlakunya terhadap undang undang hudud versi khawarij.Gunalah saluran yang betul,berilah cadangan kepada Majlis Raja Raja Melayu. Di sini kita dah nampak sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan kaum puak khawarij dalam memperjuangkan isu Islam.

Anda boleh lihat bagaimana khawarij menghasut penganut Isle PAS supaya membenci saudara seIslam,Mereka mengambarkan orang lain yang bukan PAS seolah membenci dan menolak sesuatu yang mendatangkan kebaikan kepada umat Islam.Mereka gambarkan seolah olah hanya mereka saja yang terbaik walhal merekalah petualang yang melacurkan agama pagi petang siang dan malam.

Pisau.net

Khamis, 11 Ogos 2011

MENGKRISTIANKAN UMAT ISLAM!! PENGANJUR UTAMA DI DEDAHKAN!!


penganjur utama

Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.

Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.

Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).

Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.

Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.

Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.

Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.

Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

sambung baca Screw Kuat


McTheory:
Mendedahkan segala-galanya..

Rabu, 10 Ogos 2011

KASI PANAS!! GERAKAN MEMURTADKAN UMAT ISLAM!!


Keratan akhbar ni Mc ambil dari blog MyMassa.

Sememangnya sejak dari dahulu lagi wujud gerakan kristian yang mahu memurtadkan umat Islam di Malaysia. Pelbagai cara mereka lakukan untuk menarik minat umat Islam dan mereka mahu umat Islam percaya bahawa Kristian adalah ajaran Agama yang sebenar dan Islam tidak.

Di Sabah dan Sarawak, sudah wujud mazhab kristian yang menyerupai Islam. Bersembahyang jemaah, berpuasa selama 40 hari tanpa makan dan minum, kitab Injil berbahasa melayu yang menyebut God itu Allah dan pelbagai cara lagi untuk menarik minat umat Islam.

Mc difahamkan, gerakan gereja disini mempunyai peruntukkan secukupnya untuk 'membantu' golongan susah yang beragama Islam sambil memujuk mereka menganut agama kristian.

Golongan remaja seperti Mat Rempit didatangi oleh sekumpulan remaja yang mewah dan bermotosikal mahal menawarkan pelbagai ganjaran dunia semata-mata untuk mengajak mereka ke gereja bagi memperkenalkan agama Kristian kepada remaja muda melayu yang kurang didikan agama.

Golongan pelajar, ada yang dipujuk oleh perempuan-perempuan yang cantik, keluar makan, keluar bersiar-siar dan akhir sekali menemani mereka ke gereja.

Bagi golongan susah, pendakwah gereja datang kerumah, menawarkan bantuan kewangan, bantuan makanan dan segala-galanya. Bila sudah termakan budi, lama ke lamaan, keluarga berkenaan akan dipujuk supaya ke gereja untuk bersama-sama mereka.

Gerakan mengunakan perempuan cantik, lelaki hensem, duit dan juga harta dunia, sudah lama praktikkan. Sekarang, sudah tiba peluang mereka untuk gunakan kuasa politik bagi memperluaskan pengaruh. Cukup mendukacitakan apabila ia disokong oleh umat Islam sendiri.

Mc bukan anti Kristian, tapi Mc taknak anak bangsa seagama Mc terpengaruh dengan dakwah dan dakyah gerakan kristian yang semakin luas di dalam masyarakat kita.

Sudahla umat Islam Malaysia berpecah disebabkan politik, ada pulak anasir luar yang cuba merosakkannya. Jika tidak ditangani segera, Mc pasti perkara ini akan menjadi barah didalam masyarakat Islam Malaysia.

Kita jangan hanya bergantung kepada Jabatan Agama Islam semata-mata (mengembangkan syiar Islam), kita umat Islam di Malaysia, mempunyai tanggung jawab masing-masing bagi memastikan Islam tetap Utuh di muka bumi Malaysia.

Takbir! Allahhuakbarr!!

McTheory:
Takbirr.. jangan Take beerr!!.. heh..

Sabtu, 6 Ogos 2011

UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN.. PELIK DAN SEMAKIN PELIK!!



Mc tertarik dan merasakan umat Islam perlu membaca artikel ini.

Bulan puasa tahun 1431/ 2010 lepas, negara digegarkan dengan pendedahan seorang pastor kristian, Pastor Ouyang Wen Fang (gambar bawah) yang mengaku mahu mendirikan sebuah gereja gay! Tahun 1432/ 2011 ini, baru dua hari umat Islam mengerjakan puasa dibulan Ramadhan al-mubarak ini, tercetus satu lagi isu besar yang menggemparkan negara membabitkan gereja kristian lagi.

Sebuah gereja, Methodist Church di Damansara Utama dilapurkan menganjurkan satu majlis yang membabitkan beberapa orang Islam. Bertindak atas maklumat, Jabatan Agama Islam Selangor dengan bantuan pihak polis telah pergi menyiasat gereja tersebut. Mereka mengesahkan menemui beberapa orang Islam didalam majlis digereja tersebut dan selepas siasatan arahan dikeluarkan kepada mereka untuk hadir di pejabat JAIS untuk disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Tindakan pihak JAIS ini telah diputar-belit dengan rekayarsa konon pihak JAIS "menyerbu satu majlis disebuah gereja tanpa waran". Ayat-ayat gegempa dan menggerunkan digunakan untuk memberi satu persepsi yang menakutkan, seolah-olah telah berlaku pembunuhan dan penyembelihan ramai-ramai didalam gereja itu. Hakikatnya pihak JAIS hanya pergi menyiasat. Dan berdasarkan maklumat, dipercayai ada kegiatan cuba mendakyahkan agama Kristian kepada hadirin termasuk yang Islam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, merangkap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, YB Datuk Hassan Ali mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan JAIS dengan alasan ada maklumat memang terdapat kegiatan cuba mendakyahkan agama bukan Islam kepada orang Islam dalam majlis di Methodist Church tersebut.

Kalau 10 tahun lepas, tindakan Hassan Ali dan JAIS itu akan dibela dan disanjung oleh PAS. Hassan Ali akan menjadi hero dan wira yang dijulang-julang sebagai pejuang tulin PAS. Kalau para pegawai JAIS itu terkorban dalam tugas mereka, dan kalau Hasan Ali terbunuh menjalankan tanggungjawabnya itu, teman yakin Hassan Ali dan para pegawai JAIS itu akan diisytihar sebagai syuhada. Mayat mereka tidak akan dimandikan atau dikafankan. Malah unit amal PAS akan berebut mengusung jenazah mereka ke perkuburan tanpa perlukan van jenazah, dan dimasukkan dalam liang dengan baju berdarah mereka; dan derma jihad akan dilancarkan untuk membantu keluarga mereka (walaupun yang kembong poket orang lain macam di Memali). Dan segala ceramah, tazkirah, kuliah, malah mimbar khutbah akan bergema dengan panggilan jihad!

Itu dulu yop. Tapi hari ini apa yang berlaku sebaliknya. Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS berikan lapuran, dan tak cukop dengan itu, Hassan Ali serta lain-lain exco diarahkan tutup mulut. Jangan bincang langsung isu ini. Mike bayang yop kalau PM yang buat arahan itu. Pasti PM akan dimaki hamun sebagai melanggar hak asasi manusia, hak kebebasan bersuara dan macam-macam sumpah seranah lagi. Silap-silap mereka akan buat rusuhan haram untuk "Sapu-Bersih:3" Perdana Menteri. Tapi bila mereka yang buat, mereka melalak kata ini soal disiplin, masalah dalaman Kerajaan pakatan pembangkang. Tengok apa jadi kepada YB Jeff Ooi Ahli Parlimen (DAP-Jelutong), yang menegur Exco kerajaan Guan Eng. Sepantas kilat anak jantan Kitsiang mengarahkan YB Jeff Ooi supaya tutup mulut! Memang kaum hipokrit dan talam banyak muka puak-puak ni yop!

Kitsiang turut mengeluarkan kenyataan mengutuk Hasan Ali sebagai tidak "toe the line", tak ikut dasar pakatan pembangkang. Benarlah firman ALLAH swt, memang dalam hati dan benak perut puak-puak kaum kafir harbi ni kebencian kepada Islam sangat tebal, setebal muka babi yang halal dimakan oleh Kitsiang. Sebagaimana dalam kes rampasan arak dahulu, Hassan Ali yang menjadi sasaran. Hukum-hakam Islam dicemuh. Dan yang paling sedih, kawan-kawan Hasan Ali dalam PAS pun tak mampu pertahankan Islam, apatah lagi membela Hassan Ali. Tinggallah Hassan Ali terkonteng-konteng sorang-sorang berdepan dengan jentera kafir harbi dan sekutu mereka melanyak Hassan Ali dan Islam. Akhirnya Hassan Ali terpaksa bersalam berma'af-ma'afan dengan kafir harbi Ronnie Liu.

Dan yang paling malang, tindakan Hassan Ali mempertahankan tindakan JAIS itu dijadikan alasan untuk heret beliau ke hadapan Jawatankuasa Perhubungan PAS Negeri Selangor. Khalid Samad, yang dibuang oleh Hassan Ali dalam kepimpinan PAS Selangor yang lepas mengambil peluang ini mempersoalkan tindakan Hassan Ali, dan menuntut beliau memberikan penjelasan.

Kata Khalid Samad, "menyertai program anjuran bukan Islam, tidak semestinya ia usaha untuk memurtadkan kita..Hadir dalam program itu tidak boleh jadikan kesimpulan untuk murtadkan". Teman faham bebenor kenyataan Khalid ini, kerana antara tindakan awal yang beliau buat sebaik menjadi Ahli Parlimen ialah melawat gereja. Dan sehingga kini beliau belum murtad, walaupun beliau antara penyokong kuat untuk kristian guna kalimah 'ALLAH' dalam bentuk triniti. Adakah itu kesan tempias beliau melawat gereja teman tak tahulah, tapi yang nyata beliau belum murtad!

Begitulah nasib Hassan Ali kini, tokoh yang dikompang keliling kampung merata negeri semasa menyertai PAS pada tahun 1998. Diwaktu PAS sudah ketandusan pemimpin, diwaktu PAS dahagakan suntikan para profesional, kemasukan Hassan Ali kedalam PAS pada tahun 1998 bagaikan "China-Doll dikondang-kondi Mat CD, bagai orang mengantuk disorong bantal" oleh PAS. Hassan Ali, yang terkenal dengan peranan moderator Forum Perdana Ehwal Islam siaran RTM 1 dijulang sebagai hero oleh kaum PAS. Hari ini Hassan Ali ditendang terajang macam sampah kucing kurap!!!

Teman cukup yakin isu siasatan gereja oleh JAIS ini akan digunakan oleh puak-puak tertentu untuk menyingkirkan Hassan Ali dan menggugurkan beliau daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor. Mungkin sudah ada yang berangan nak menduduki kerusi empuk lubuk emas yang diduduki oleh Hassan Ali. Kasihan Hassan Ali, dulu ditatang sekarang ditendang-tendang, dulu dikompang sekarang diterajang!

Dan teman cukup yakin, diakhir rekayarsa ini, Hassan Ali dan JAIS akan disuruh meminta maaf kepada pihak Methodist Church dan kaum kristian. Itulah yang terjadi semasa isu rampasan arak dahulu pun. Hassan Ali kena berma'af-ma'afan, sehingga jatuh maruah beliau sebagai pejuang Islam. Dan pihak MBSA, bukan sahaja disuruh mintak ma'af, malah dipaksa serahkan balik arak-arak yang dirampas kepada tokey-tokey arak. Begitulah murahnya harga Islam sekarang. Dan semuanya kerana apa; kerana adanya para politikus kalkatus yang sanggup melacurkan agama mereka demi untuk mendapat sedikit kuasa dan habuan ke Putrajaya!

Benarlah sabda Rasulullah saw, diakhir zaman nanti, "kamu akan disuruh melakukan yang mungkar, dan ditegah melakukan yang ma'ruf". Dan jika kamu berkeras mahu berpegang kepada Islam, "kamu akan menjadi terasing, dan kamu umpama memegang bara api yang membakar".

Teman seru kepada semua umat Islam dan yang ta'atkan ALLAH dan cintakan Rasulullah saw, dibulan Ramadhan penuh barakah ini, marilah kita pertahankan Islam. Berdoalah kita untuk termasuk didalam golongan yang sedikit, golongan yang masih mahukan Islam berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Golongan yang tidak menjual agamanya, golongan yang tidak menggadai Tuhannya, golongan yang tidak memajak anak-bininya, golongan yang tidak tunduk kepada kafir harbi la'natullah; golongan yang tetap istiqomah dengan perjuangan Islam!

Kepada YB Datuk Hassan Ali, teman tahu beliau seorang yang sangat sayangkan Islam. Beliau sanggup tinggalkan kedudukan lumayan, populariti dan habuan jawatan semata-mata untuk perjuangkan Islam. Dan beliau sertai PAS, sebagaimana ramai yang lain, kerana terpedaya dengan slogan "pangkah PAS masuk syurga". Tetapi kini kita semua tahu, PAS adalah sebuah parti politik biasa, bukan satu agama. PAS saperti parti politik lain juga berangan mahu berkuasa. PAS juga mahu merasa duduk diatas takhta. Jangankan perjuangan negara Islam campak kelongkang, kalimah ALLAH pun PAS sedia benarkan kristian gunakan.

Oleh itu teman berseru kepada YB Datuk Hassan Ali, mungkin sudah tiba masanya beliau memikirkan untuk berhijrah. Lakukanlah hijrah keimanan, menyelamatkan aqidah kita. Candu politik kepartian sudah melanda PAS sehingga ramai yang terjerumus kelembah ketagihan tegar, menjadi kalkatu mengejar cahaya kekuasaan yang akan membinasakan diri sendiri. YB Datuk Hassan, tinggalkan politik kepartian, jadilah pejuang Islam yang tulin, berdasarkan wadah Al Quran dan Sunnah!

Kita berdoa dengan harapan dan keyakinan: Aamantu billah, summastaqeem!!!

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin