Baru-baru ini Mc perhatikan, banyak betul isu rakyat yang Sinar Haruan Utara ni kemukakan. Kiranya wartawan Sinar Haruan ni menjadi semakin agressif selepas Pas kalah di Kedah. Boleh dikatakan, Sinar Haruan Utara menjadi 'sumber' baru untuk blogger Pas Kedah menghentam Kerajaan Baru Kedah.
Pelbagai masalah masyarakat Sinar Haruan bawa keluar, sehinggakan masalah parking tepi jalan pun, Sinar Haruan ni kutip buat story. Bagus bila masalah rakyat diberikan fokus utama. Tapi cara story tu keluar, bukan untuk tarik perhatian Kerajaan negeri, tetapi lebih menyalahkan Kerajaan negeri pulak.
Masalah air, boleh fokus pada SADA kot, masalah parking boleh tanya PBT kan? Masalah penduduk miskin ada JKM, kalau dah teruk sangat baru cari YB atau Exco, akhir sekali baru MB. Kalau tak guna carta organisasi, baik Kerajaan negeri ni ada Adun, Exco dan MB saja untuk bekerja, jabatan lain boleh bubar!
Patut la Kerajaan negeri Pas dulu serabut nak mampus, sebab depa tak reti nak bahagikan kerja. Tak turun padang bukan bermakna tak buat kerja, tapi perlu ada pantauan. Dulu Pas tak turun padang, tapi turun ke Padang Golf. Padang Golf bukan kat Taman Golf tuu.. tapi kat Australia sana nuu.. macam mana nak buat pantauan.
Itu Kerajaan Pas dulu. Kerajaan BN Kedah sekarang ni sibuk cari duit, sibuk bawa masuk pelabur, sibuk perbetulkan kembali kerosakan yang Pas Kedah buat dulu. Dalam masa 2 bulan ni, rasanya dah banyak perubahan yang Kerajaan negeri baru lakukan, tapi akhbar Sinar haruan bukan nak tulis, sibuk tulis benda buruk dari benda baik.
Sebab tu Mc rasa, wartawan Sinar Haruan ni dah kena beli dengan Pas. Tak pun mangkuk-mangkuk Pas dalam unit penerangan dulu dah keluar kerja dengan Sinar, sebab tu hari-hari Sinar hentam Kerajaan negeri Kedah yang baru ni.
Saranan Mc pada pembaca, lepas ni kita tak payah beli akhbar Sinar haruan lagi.. dah jadi macam Harakah dah. Ingat Sinar haruan ni neutral, rupanya berat sebelah. Biasa laa.. taukeh dia pun 'ulaq ayaq' kerja kaut untung saja. PR huloq duit lebih sikit, pulun la dia tulis kutuk BN.
Taukeh Sinar ni, jenis manusia takdak pendirian. Tak kenai taukeh Sinar Haruan? nanti kita bawa-bawa kenai noo..
McTheory:
depa nak main dengan kita, mai kita sama-sama main..