Sponsor

Memaparkan catatan dengan label suaram anak haram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suaram anak haram. Papar semua catatan

Sabtu, 12 April 2014

HOT!! SUARAM Punca Kebocoran Maklumat Rahsia Kerajaan?



Semalam gempar satu dokumen yang didedahkan dua anggota Parlimen berhubung lawatan kerja Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Dubai bukan jadual sebenar sebaliknya draf awal program yang masih dalam perbincangan, demikian menurut Pejabat Timbalan Perdana Menteri.


Dalam kenyataan yang diedarkan kepada wakil media yang membuat liputan sempena lawatan kerja itu, Pejabat Timbalan Perdana Menteri menyifatkan tuduhan dua anggota Parlimen DAP berkaitan lawatan kerja itu seperti yang dilaporkan portal dan blog adalah melulu, tidak berasas dan berniat jahat. [berita penuh]

Antara cara yang paling berkesan adalah merasuah individu yang boleh dimanipulasikan untuk berbuat demikian (curi maklumat) didalam kerajaan hari ini selain menggunakan teknik hacking email dan sebagainya. Jelas apa yang didakwa Presiden JMM tentang 10 Ejen SUARAM memang ada kebenaranya, JELAS, Lihat apa terjadi hari ini?!


Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah hari ini mendakwa, sejumlah RM100 juta dana asing dipercayai telah dibawa masuk sepanjang operasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di negara ini.

Dakwanya, transaksi dana asing termasuk dalam bentuk tunai itu dikatakan dibawa secara berperingkat daripada berjumlah AS$1,000 (RM3,056.19) sehingga AS$5,000 (RM15,280.94) sejak 1998.

Beliau mendakwa, berdasarkan maklumat bekas anggota pertubuhan tidak berdaftar itu, dana tersebut dipercayai digunakan bagi membiayai kegiatan ceramah politik dan menggerakkan demonstrasi jalanan dengan motif memfitnah kerajaan serta beberapa pemimpin negara ini.

Dakwanya, wang berkenaan juga dipercayai digunakan sebagai habuan rasuah kepada pegawai dalam agensi kerajaan bagi kepentingan sekutu Suaram.

“Kita dapat maklumat ini daripada bekas anggota Suaram.

“Wang tersebut dipercayai dibawa masuk oleh pemimpin-pemimpin Suaram melalui negara jiran. Mereka tidak mahu wang berkenaan dimasukkan melalui transaksi bank.

“Lebih merisaukan adalah wang ini dipercayai digunakan untuk merasuah beberapa kakitangan kerajaan bagi membuat keputusan yang memihak kepada kepentingan sekutu Suaram serta mendapatkan maklumat dan rahsia kerajaan dalam negara," dakwanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mengenai pendedahan terbaru tindak tanduk Suaram di Ibu Pejabat JMM, Kota Damansara dekat sini.

Azwanddin berkata, nama kakitangan yang terlibat akan didedahkan oleh pihaknya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Azwanddin turut mendakwa, Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) bukan satu-satunya syarikat yang dikaitkan Suaram yang menerima dana daripada luar negara.

Dakwanya, selain Suara Inisiatif, terdapat sebuah lagi syarikat yang diguna pakai oleh Suaram iaitu difahamkan sebuah syarikat pemilik tunggal, Suaram Komunikasi.

“Kami mendapat maklumat ini daripada bekas anggota Suaram bahawa Suaram Komunikasi adalah syarikat pemilik tunggal yang menerima dana asing. Malah kami juga mendapati National Endownment For Democracy (NED) yang menyalurkan dana kepada Suaram Komunikasi," katanya. Sumber : suaram-asia.blogspot.com

Lagi cerita tentang SUARAM dan penajaan terhadap PKR boleh baca kat SINI

Selasa, 3 Julai 2012

PANASS!! Suaram Anak Haram Anwar Penipu!! #SuaramPenipu



Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang banyak membuat bising dan giat berusaha memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri telah pun dibuktikan sebagai penipu. Beberapa tuduhan mereka berkenaan isu kapal selam scorpene telah pun dikantoikan dengan jelas sekali di mana perbicaraan langsung tidak berlaku di Mahkamah Perancis.

Namun, SUARAM sudah begitu sebati dengan menipu dan mereka langsung tidak hairan jika penipuan mereka terbongkar. Apa nak dihairankan dengan sikap SUARAM ini apabila bukan sahaja aktiviti hariannya adalah menipu, tetapi asas kewujudan SUARAM itu juga adalah satu pembohongan.

SUARAM, selama ini mewar-warkan diri mereka sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan oleh bekas-bekas tahanan ISA dan keluarga mereka demi memperjuangkan hak asasi dan keadilan. Namun, semalam Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah telah mendedahkan bahawa menerusi semakan dokumen awam SSM, beliau mendapati SUARAM adalah sebuah syarikat yang didaftarkan atas nama Suara Inisiatif Sdn. Bhd. dengan modal berbayar RM2 dan bukan sebuah NGO seperti yang diwar-warkan mereka.

Lebih menarik lagi ialah ‘syarikat SUARAM’ ini didapati mempunyai pendapatan lebih RM900,000 pada tempoh 2009 dan 2010. Adalah difahamkan bahawa pemegang saham dan pengarah syarikat ini adalah Yeoh Seng Guan dan Kua Kia Soong dengan tarikh pelantikan kedua mereka sebagai pengarah adalah pada 7 Jun 2004.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan lagi pendapat ramai bahawa SUARAM adalah talibarut asing yang tugasnya adalah untuk mencipta suasana tidak tenteram dengan membangkitkan keraguan terhadap kerajaan yang memerintah bagi membuka jalan kepada boneka asing, iaitu pihak pembangkang untuk berkuasa sama ada melalui pilihanraya mahupun jalanraya.

Sudah lama rakyat tertanya-tanya bagaimana sebuah NGO yang tidak berorientasikan keuntungan mendapat wang untuk ke sana ke mari memburukkan kerajaan? Bagaimana mereka mengupah peguam dari luar negara dan bagaimana mereka menanggung kos perjalanan, penginapan dan makan minum pegawai serta peguam mereka dalam ‘misi’ memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Malaysia? Itu belum termasuk kos dokumentasi dan lain-lain kos pengurusan dan pentadbiran.

Dengan pendedahan ini, terjawablah sebahagian dari kemusykilan rakyat terhadap SUARAM.

Sebelum ini SUARAM juga telah didedah sebagai menerima bantuan dari pertubuhan-pertubuhan luar dari rangkaian CIA. Berdasarkan pendedahan rekod kewangan ‘syarikat’ mereka ini, tidak mustahil sama sekali bahawa semua pendedahan tersebut adalah benar belaka.

SUARAM tidak boleh lari lagi kali ini. Untuk ke sekian kalinya, selain dari menuduh dan menuntut agar orang lain menjawab persoalan yang dibangkitkan mereka, SUARAM perlu menjawab tuduhan ke atas mereka pula:

Apakah ia sebuah syarikat perniagaan? Jika ya, apakah yang mereka perniagakan? Apakah ia sebuah NGO? Jika ya, dari mana datangnya sumber kewangan?

Mungkin SUARAM perlu lupakan sekejap soal kapal selam. Lagipun, menurut SUARAM kes tersebut sedang ‘dibicarakan’ bukan? Jadi, biarlah ‘perbicaraan’ berjalan dengan tenang sementara kita menunggu keputusannya.

Buat masa ini, SUARAM perlu jelaskan pertuduhan ke atas mereka terlebih dahulu iaitu benarkah mereka ditaja oleh CIA?

Jika tidak, kenapakah SUARAM perlu mencipta publisiti ke atas kes yang kononnya ‘sedang dibicarakan’? Apakah yang SUARAM cuba capai sebelum ‘keputusan perbicaraan’ diumumkan?

Jika benar SUARAM adalah sebuah organisasi yang telus dan berniat baik, maka SUARAM tidak harus punya masalah untuk menangani persoalan mudah ini. - BBs