Secara jujur penulis meramalkan Pas akan terus menerima dugaan dan ujian dari tuhan terhadap perjuangannya dalam menegakkan Islam seperti yang sering dilaungkan.
Secara jujur juga penulis menjangka bahawa Pas akan terus tersepit dan terbelit selama mana Pas terus gagal mengutamakan perjuangan Islam melebihi kepentingan politik.
Satu demi satu peristiwa yang berlaku sedang menghambat Pas ke tebing. Ironinya, tiada sesiapa yang mencipta isu dan peristiwa ini, melainkan Pas lah yang menciptanya sendiri.
Jika baik hasilnya nanti maka Pas lah yang bertanggungjawab melakukannya, tetapi jika terjatuh ke lubang kubur ia juga adalah disebabkan Pas sendiri yang menggali lubangnya. Tiada siapa-siapa yang bersalah di dalam hal ini.
Siapa yang pernah terfikir Pas akan menggugurkan perjuangan menegakkan hukum Hudud ciptaannya sendiri?
Siapa yang terfikir bahawa satu hari minyak boleh bercampur dengan air? Hari ini Pas dan DAP sudah bersekutu dan bersekedudukan secara intim.
Siapa boleh terfikir bahawa suatu hari Pas boleh mengiktiraf perjuangan DAP yang jelas menentang dasar perjuangan Pas sehingga sanggup melangkah mayat?
Lebih memeranjatkan, Pas bukan saja mengiktiraf DAP, malah Pas telah mengiktiraf perjuangan komunis hanya disebabkan ada nama-nama Melayu Islam yang menganggotainya.
Hanya kerana ada nama Melayu Islam seperti Mat Indera yang menentang British di dalam PKM sudah cukup bagi Pas untuk menterbalikkan sejarah dengan menukar status Dato Onn dan Tunku Abd Rahman dari seorang negarawan dan pejuang bangsa dan kemerdekaan kepada pengkhianat negara!
Hanya kerana ada nama Melayu Islam seperti Mat Indera yang menentang British di dalam PKM sudah cukup bagi Pas untuk menterbalikkan sejarah dengan menukar status Dato Onn dan Tunku Abd Rahman dari seorang negarawan dan pejuang bangsa dan kemerdekaan kepada pengkhianat negara!
Demi untuk menukar label UMNO dari parti yang diiktiraf sebagai parti yang bertanggungjawab membebaskan negara dari penjajah, Mat Sabu sanggup berkalau-kalau dari mengakui hakikat yang benar-benar telah terjadi dan terpahat dalam sejarah.
Hakikat sebenar yang telah berlaku ialah, negara ini merdeka hasil dari kesinambungan perjuangan Dato Onn dan Tunku Abd Rahman melalui UMNO dan gabungan parti MIC dan MCA.
Itu hakikat yang telah termaktub dalam sejarah. Itulah takdir yang ditetapkan oleh Allah swt terhadap jalan kemerdekaan yang telah berlaku terhadap tanah air ini.
Di mana ilmu, iman dan pengakuan Mat Sabu kepada Allah, apabila diacuba berkalau dengan andaian-andaian yang tidak mungkin lagi terjadi.
Statistik dan analisa apa yang digunapakai oleh Mat Sabu yang berhujah mengatakan Dr Burhanuddin Helmi akan mengatasi Tunku Abd Rahman jika dibuat referandum rakyat.
Apakah rakyat negara ini sudah begitu bodoh untuk mempercayai teori berkalau dan andaian Mat Sabu yang cuba menafikan takdir tuhan sebagai mana yang telah terjadi?
Kenapa sampai begini jadinya Pas?
Apa yang menyebabkan Pas seperti sudah hilang hidayat dan petunjuk tuhan?
Apakah tuhan sudah menarik segala hidayat dan ilmu pengetahuan yang hak dari jiwa dan minda para pemimpin Pas sehingga mereka sudah tidak dapat membezakan antara takdir dan andaian dan antara yang hak dan yang batil?
Jika Pas itu kita andaikan sebagai al-Quran,cuba kita bayangkan apa nasib yang sedang menimpa kitab suci itu sekarang ini?
Sanggupkah kita lihat jika ada manusia yang menjadikan helaian kitab suci ini sebagai bungkusan nasi lemak?
Sanggupkah kita lihat jika ada manusia yang menjadikan helaian kitab suci ini sebagai alas tempat duduk? Sanggupkah kita lihat ada manusia yang memijak kitab suci ini di depan mata?
Inilah yang sedang terjadi kepada Pas dan perjuangan Islamnya. Menjadi mangsa kepada keadaan yang berlaku.
Tersepit di atas kehendak hukum dan realiti politik demokrasi. Terjerat dengan permainan halus DAP. Terkhilaf di atas kelicikan Anwar Ibrahim memainkan propaganda dan psywar mahu mengambil-alih kuasa pemerintahan.
Sebuah kitab dan helaian perjuangan yang selama ini difatwakannya sebagai suci dan merupakan amanah dari tuhan telah menjadi mangsa korban agenda permainan politik sulit musuh Islam dan musuh tanah air.
Perjuangan Islam Pas secara teknikalnya sudah terkubur di dalam lubang yang mereka gali sendiri.
Demi keserakahan kepada kuasa yang sudah tidak dapat dikawal, Pas semakin hari sudah semakin hilang pedoman.
Dalam keadaan terbujur di dalam kubur yang digali sendiri, Pas masih mahu mengalihkan isu dengan mengatakan UMNO lah yang bertanggungjawab menggali kubur ini sehingga menyebabkan Pas tertimbus di dalamnya.
Siapakah yang MAT Sabu dan Pas sedang tipu sebenarnya?
McTheory:
Sumber tulisan ni Mc ambil dari SINI
1 ulasan:
mc,
aku jangka ramai ahli pas yg sederhana, cerdik, sarjana, lama-kelamaan akan meninggalkan pas sebab mat sabu bukanlah pemimpin tulen tp sorang manusia yg sgt2 amat pentingkan diri sendiri. kecurangannya menjijikkan, mulutnya yg cabul hanya Allah SWT sj yg Maha Mengetahui & pemujaannya terhadap komunis adalah mengarut! pemikiran mat sabu berada di taraf tapak kaki dap sekarang ni & pemikiran begini tidak akan diakui oleh pengikut2 pas yg sederhana & yg betul2 ingat Allah & RasulNya...
mat sabu wajib bertaubat jika dia masih agung2kan komunis sedangkan komunis tak pernah akui adanya tuhan!
sedih tengok ramai anak muda dlm pas terutamanya yg sedang belajar disekolah2 tajaan pas, maahad tahfiz, yg bijak2 menghafal AlQuran tp boleh termakan dakyah mat sabu perihal komunis & mat indera yg berjuang sehati sejiwa sbg tidak bersalah!!
pelajar2 sekolah agama pas terpaksa menelan 'fakta' sejarah baru yg keluar dari mulut timbalan presiden mrk sbb apa yg mrk belajar & telah pelajari dari buku2 teks & rujukan sejarah tidak sama dgn apa yg ditazkirahkan mat sabu.
bayangkan apa mrk dah jawab dlm kertas sejarah percubaan spm kelmarin.jika pelajar2 tu menulis fakta yg mrk baca dlm buku teks & buku2 rujukan yg ada, ini bererti mrk membelot terhadap timbalan presiden mrk, mat sabu. tp kalau mrk menulis crita merapu mat sabu dlm kertas jawapan mrk, tentu mrk akan gagal dlm peperiksaan mrk!!
hanya masa menentukan betapa cacamerbanya sejarah masa depan kita jika tiada usaha yg berkesan diambil utk mengatasi penyelewengan cerita mat sabu ni.
lebih teruk lagi kita akan dapati generasi Muslim akan datang hanya akan ikut membabi buta ideologi mat sabu & anggap berkolaborasi dgn komunis @ mrk yg menolak ketuhanan utk menjatuhkan kerajaan adalah tidak menjadi masalah asalkan matlamat yg diidamkan, yg diimpikan tercapai...
jika ini berlaku, alangkah malangnya Melayu Islam dikuasai ideologi komunis...
NA’UZUBILLAHIMINZALIK!
*ada guru sejarah pro pembangkang mengiyakan kata2 mat sabu kononnya chin peng hanya melawan british bukannya melawan melayu! bongok juga jika cg sejarah sendiri termakan belit mat sabu krn yg menjadi polis dulu2 melayu! yg jadi penghulu2, ketua2 kampung- melayu! yg jadi imam, bilal surau masjid yg komunis bunuh ramai2 tu melayu Islam! yg jadi d.o., pekerja2 jabatan kerajaan- 95% melayu. melayu yg disiksa komunis sampai beribu2 mati, tersiksa, beribu2 pula isteri2 jd janda, anak2 jd yatim..itu cg tu tak buleh terpikir ka? betul2 dah jd pengikut komunis setan ni!!
Catat Ulasan