Jumaat, 14 Jun 2013

TUDIAA!! Berita Ni Yang Puak Pas Tak Suka Dengar!! #HanyaDiKedah




Patut la puak Pas dok meroyan sangat lanih. Rupanya dorang risau dengan gerak kerja Menteri Besar Kedah yang baru ni sangat laju. Dalam bulan ni saja, dah berapa banyak pelabur luar datang melabur dalam Kedah.

Malah projek-projek yang tergendala dulu, banyak yang telah dimajukan semula. 

Kerajaan negeri akan melaksana semula projek berimpak tinggi Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) dengan nilai pelaburan berbilion ringgit selepas tertangguh beberapa tahun di bawah pentadbiran Pas Kedah sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, Merapoh Resources Corporation Sdn. Bhd. (Merapoh) yang juga merupakan pemaju asal akan menerajui projek itu dan satu perjanjian baharu dengan syarikat terbabit akan dilakukan dalam masa terdekat.

"Kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya merealisasikan projek ini. Merapoh masih merupakan pemaju utama dan tidak timbul lagi soal dana kerana ada pelabur yang akan membantu. Perkara ini penting kerana melibatkan pelaburan berbilion ringgit," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Merapoh dan syarikat pelaburan dari Jepun di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

ZIPY yang ditukar kepada projek Sungai Limau Hidrokarbon Hub (SULIHH) selepas Pas Kedah mengambil alih kerajaan negeri pada 2008 itu adalah projek penapisan minyak di kawasan laut yang ditambak di Sungai Limau, Yan dan minyak mentah dari Asia Barat akan diimport dan diproses untuk dieksport semula ke China dan negara Asia lain apabila loji tersebut siap.

Barisan Nasional (BN) pada 2007 mengumumkan projek itu hasil perancangan rapi dan menyasarkan keuntungan sebanyak RM400 juta setahun dalam bentuk cukai dari projek itu yang dijadual siap pada 2014 mengikut perancangan awal selain menawarkan pekerjaan kepada kira-kira 30,000 orang.

Mukhriz menambah, kerajaan negeri yakin kerjasama antara Merapoh dan syarikat pelabur asing baharu itu akan menjayakan projek terbabit yang disifatkan beliau semakin berskala besar daripada cadangan terdahulu.

"Hasil pembentangan Merapoh hari ini, ada banyak perubahan dari segi skala sekarang menjadi semakin besar. Merapoh juga memberikan keyakinan dalam soal bekalan bahan mentah tersebut iaitu dari mana dan ke mana akan dipasarkan.

"Soal sumber ini penting dan masalah sebelum ini timbul kerana tiada sebarang jaminan berhubung perkara itu. Seperti projek minyak lain, projek ini akan memakan masa antara lima hingga 10 tahun, namun kita berharap ZIPY akan dilaksanakan secepat mungkin.

"Kerajaan negeri akan memantau dan memastikannya berjaya direalisasikan," katanya

Alhamdullilah, jika ianya berjalan lancar, penduduk sekitar boleh cari kerja baru. Tak perlu nak pindah ke Pulau Pinang lagi untuk kerja kilang.

McTheory:
Baru sebulan, macam-macam dah jalan.. bagus..

8 ulasan:

AJAI62 berkata...

Assalam Bro

Itu namanya perbezaan orang tahu buat kerja dengan orang yang hanya tahu berpolitik sepanjang hari walaupun mereka sepatutnya menjadi pemerintah...

Tanpa Nama berkata...

Baguih la lagu tu, orang kedah kat penang bole balik rumah, bia pi penang terkontang kanting takda pelabur dan pekerja.

Tanpa Nama berkata...

Perbezaan nampak sebab semua dapat masuk surat khabaq UMNO/BN dan TV. Kalau PAS buat tak masuk langsung!
Pikiaq logik le sikit.

Average Joe berkata...

@ Tanpa Nama 11.23am

ya ka apa yg PAS buat tak masuk TV langsung? itu yg habih hutan simpan botak takdak pokok sebatang pun tinggai tu... masuk TV dah... yg MELEBUR kat Papua Susahnakeja tu rugi RM400+ juta... pun masuk TV jugak... sapa kata PAS buat tak masuk TV??? !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kan dh kena 11.23 am. Depa ni nak kuasa je, nk jaga negeri bgi Melayu maju hampeh. Sbb tu dok kena pelekeh dgn bangsa lain. Islam akan terus bersinar jika kita mampu cemerlang

Tanpa Nama berkata...

Ikut maklumat yg saya dapat projek zippy tu petronas tak berkenan.sebab tu petronas tak buat tapi swasta yang buat. Ini kerana ianya akan merosakkan alam sekitar kwsn sekitar yan Dan sungai limau yg cantik itu dan kwasan orang melayu kedah. Bila dah ambik tanah tu.kesian orang kg tak dpt bertani dan bersawah dah.projjek itu bukan urgent buat masa ini.cuma rm 400 juta je ke yang boleh dijana? Mana setimpal dgn projek sebesar itu?.harap kerajaan kedah fikirkan dulu masak masak.negeri kedah ni cantik. Boleh fikirkan projek agro tourism besar besar utk menarik org ke kedah tanpa mengorbankan mana mana pihak.

Tanpa Nama berkata...

Sambung skt lagi. Petronas buat kat kertih tu orang tak dak situ.ini nak buat kat kwasn yang ramai penduduk.kesian orang kg kena displace.dpt pampasan mgkn tak cukup dan tak sama dgn tanah yang dah terbang. Fikirkanlah!!!

Aku,menantu org kedah adanya


Tanpa Nama berkata...

Menarik projek zippy nie.Boleh mengimbangi harga minyak mentah dunia dgn adanya stok menyimpan dan memproses ibarat mensubsidikan harga petrol dan diesel dlm bentuk pelaburan teknologi.Begitu juga dgn pelabuhan kering yg menyimpan dan memindahkan kontena dari barat ke timur dan sebaliknya melalui jalan rel. Projek 2 in 1.