Jumaat, 3 Januari 2014

INFO! Ayahanda Tun Mahathir Tegur Penganut Kristian di Malaysia!



KUALA LUMPUR  - Pegangan penganut Kristian di Semenanjung tidak akan terjejas walaupun mereka tidak menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan mereka, kata bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, istilah Arab yang merujuk kepada Tuhan itu selalunya digunakan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

"Selama ini, kita tak pernah berbalah tentang perkara ini kerana mereka (penganut Kristian di Semenanjung) tidak pernah menggunakan kalimah itu, jadi kenapa perlu menyakiti hati orang lain, tidak menggunakan kalimah 'Allah', tidak akan memudaratkan mereka.

"Sebelum ini, mereka tidak pernah menggunakannya pun. Yang menggunakannya ialah (orang) Sabah dan Sarawak. Tak ada bantahan, tapi di Semenanjung ni, kenapa kita nak jadikannya alasan untuk bergaduh pula," katanya di sini, semalam.

Dr. Mahathir berkata, sejak sekian lama, rakyat negara ini, tanpa mengira agama, hidup bersama secara aman dan oleh itu, sebarang tindakan yang boleh menyakiti hati sesuatu pihak, tidak patut dilakukan. - BERNAMA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam. gunalah kalimah Allah berapa juta kali pun, x kisah. dgn syarat, katakan Allah itu satu. tiada tuhan melainkan Allah dan nabi muhammad itu pesuruh Allah. :)

Tanpa Nama berkata...

apa yg babi2 ni suka sangat menyalak?? dah nak gunakan nama Allah masuk ja Islam habis cerita gunalah sampai mati takut nanti tak terguna kut...tapi sebelum nak guna kalimah Allah, pi kerat sikit dapen kepala kote tu dulu lepas tu mengucap 2 kalimah shahadah dan jadi islam kan senang....