Ahad, 12 Januari 2014

HOT! Ayahanda Tun Mahathir Bakal Kembali Ke Putrajaya?



Benarkah dengan apa yang Mc baca dalam TMI ni? Rasanya pembaca boleh menilai sendiri mengenai berita yang dikeluarkan oleh TMI. Sebab mereka ni pro PR, soo nak percaya 100% pun agak susah la.

Baca kat bawah,


Di antara laporan yang TMI tulis,

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mahu Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke Putrajaya untuk membantu kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) menangani isu perkauman, agama dan ekonomi yang meruncing.

Beliau berkata, cadangan itu bukan untuk bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu untuk mengambil teraju kepimpinan negara daripada Datuk Seri Najib Razak, tetapi untuk membantu beliau berdepan dengan isu semasa yang sedang memarak dalam negara.

"Kabinet perlu membuat keputusan segera untuk memberi tempat kepada Dr Mahathir untuk memastikan beliau dapat memainkan peranan memberi sokongan moral kepada perdana menteri untuk mengukuhkan undang-undang negara dan mengembalikan keyakinan rakyat sebelum membawa semula ISA,” katanya merujuk kepada cadangan undang-undang drakonian, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikembalikan Seterusnya Baca SINI


McTheory:
Perlu atau tidak Tun Mahathir kembali ke Putrajaya?

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Malaysia perlukan Tun Mahathir sebagai penganti PEMANDU.

PEMANDU sekarang hampas..bawak rakyat dan Malaysia masuk parit!!!

Tanpa Nama berkata...

Bukan setakat parit ... dah terjun ke laut!

Tanpa Nama berkata...

Ikutnya kesian kat Tun M tapi situasi sekarang nampaknya kita perlukan beliau. Almost no other choice.

Unknown berkata...

Tak mungkin, Tun dah letak jawatan dan dia akan mungkir janji. sy lebih suka dia menasihati dan mengkritik dari luar. itu lebih ikhlas


Tanpa Nama berkata...

Bukan Tun mungkir janji, kita yg pujuk dan perlukan dia

Tanpa Nama berkata...

TDM masih diperlukan

wali berkata...

hidup tun mahathir...harap sgt dia jd PM semula...

Tanpa Nama berkata...

Betul! Tun leh ganti pemandu. Btulkan apa yg trsasar dari landasan kepimpinan DS Najib..

Tanpa Nama berkata...

Sngt2 setuju tun msk blik dlm kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Najib hanya gah pada namanya sebagai yg kuat berbelanja wang rakyat tapi tidak mewarisi kebijaksanaan bapanya mentadbir negara..buktinya beliau hanya ikut nasihat pemandu yg mungkin pakar ekonomi tapi bukan golongan pentadbir...hidup dialam nyata adalah realiti bukan seindah yg tertulis diatas kertas yg dipanggil fantasi...eloklah Dr M kembali..anak org kaya memang pasti tidak mengerti keadaan hidup rakyat bawahan...

Tanpa Nama berkata...

Dengar cerita ini pun LKS dan terkencing dlm seluar kalau betul memang LKS akan terkincit2.
Aku suka Dr M jadi Minister Mentor supaya dia bolih ajar sikit cina2 DAP yg dah terlalu biadap.

Tanpa Nama berkata...

tak perlulah, Tun pon dah tua, kesian tengok.

ZanSala berkata...

Kesian apa.. Tun ok ja..tgjwabnya dh selesai..kita yg kesian skrg.

Najib hmye retorik dlm berucap..kita kena akui Najib xdpt benched up kehandalan Tun dr sengi lenggok memerintah dn mengenali hati rakyat yg keras.

Tun athu rakyat Malaysia campur 3 bangsa ni KERAS..sbb tu dia xpakai keadah mcm skrg.. dia pemikir dan dia dah kaji sifat bangsa2 dlm Malaysia ni terutama bangsa Melayu.. sblm beliau jd PM lagi..

Tun M xperlu PEMANDU..tp dia yng MEMANDU negara.. free cost.. Najib berucap menjerit2 tp zero impact.. jd mainan rakyat.. dlu pembangkan kutuk main Tun M..tp hanya terhad pd balaci mereka.. susah org biasa nk kutuk..

tp zaman Najib org biasa pun pandai kutuk Najib sbb kawalan dan psikologi terhadap rakyat lemah.. Najib tidak memerintah negara ikut keadaan negara. Dlm kucar kacir dihapuskan Akta penting.. nk berlembut dgn penjenayah? pemberontak? mereka mmg dh jahat dan keras.. mesti kena ada undang2 yang keras juga..tp Najib baik tk kena tempat, akhirnya negara merana..

Isu Agama dan Perkauman tidak ditegas pd kaum dan agama yg mencabuli hak peribumi.. dibiar sepertu tanpa hala.. dibiarkan rakyat tentukan.. apa ini??
baik step down shj dr habiskan masa kritikal ini..

Tanpa Nama berkata...

dalam PEMANDU tu ada musuh , terang dan nyata. Jika Al Quran dijadikan panduan, tidak lah pemerintahan negara ni mcm kangkung ambil dari longkang

perhatikan ayat ini

surah Al-i-’Imran ayat 118

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.

Unknown berkata...

KALAU TDM KEMBALI KE PUTRAJAYA,SAYA SEBAGAI RAKYAT ADA BEBERAPA PERMINTAAN :-
1.AKTA ISA DIKEMBALIKAN
2.SELESAI ISU PENGGUNAAN NAMA ALLAH
3.TANGKAP PENGKHIANAT
4.GABUNGKAN PAS-UMNO
5.BANGUNAN NEGERI YANG TERTINGGAL OLEH NAJIB

KESAN TDM KEMBALI
1.CINA AKAN KATA DIA SUDAH BALIK JOM KITA KEMBALI KE BN
2.INDIA AKAN KATA BAPA SUDAH BALIK JOM KITA SOKONG BAPA
3.MELAYU AKAN KATA JOM KITA SELESAIKAN PERJUANG YANG BELUM KITA SELESAIKAN
4.VETERAN UMNO PULA AKAN MENANGIS KERANA PENYELAMAT SUDAH SAMPAI
5.RAKYAT MALAYSIA AKAN KATA TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

Tun Dr. Mahathir Mohamad,
kau adalah idolaku..











*BUDAK KEDAH*