Nik Aziz ni kalau nak ceramah, ceramah la.. tapi jangan sentuh bab sensitif dan kutuk pada benda yang tak pasti. Bab sembahyang tu sangat sensitif. Bila dia kata orang UMNO tak sembahyang, tu bermakna dia menuduh pada semua orang UMNO!
Nak kutuk UMNO bina masjid tu, kutuk la. Tapi bab sembahyang tu macam dah melampau.
Cuba dengar apa Nik Aziz kata,
Nik Aziz sekarang berhutang dengan semua orang UMNO yang bersembahyang. Mampukah Nik Aziz nak minta maaf nanti? Tuduhan melulu dan melalut tu sangat melampau. Bukan semua orang Pas sembahyang, ada yang asyik melepak kat kedai kopi main judi ekor saja.
Lebai pakai, jubah sampai ke tanah, tapi melepak mengumpat dan mengutuk UMNO/BN dari pagi ke pagi, bila masa pi sembahyang. Patutnya Nik Aziz tegur orang Pas yang jenis macam tu, bukannya sebok hal rumahtangga orang lain.
Dengki dengan UMNO sebab bina masjid, tuduh orang tak sembahyang. Apa pun teruk orang tua ni! McTheory: UMNO bina masjid, pahala berterusan, Pas fitnah UMNO? Pahala ka dosa?
Mc sebenarnya kesian dengan Nik Aziz ni, bukan apa. Nik Aziz, orang Pas panggil Ulamak, tapi bagi kami blogger pro UMNO, kami anggap dia sebagai orang tua yang dah uzur dan hampir nyanyuk. Kadang-kadang kesian tengok orang tua ni.
Bagi Parti Pas, selagi Nik Aziz masih hidup dimuka bumi ni, selagi itulah mereka nak 'perkudakan' orang tua ni sampai 'lebam'. Maknanya pergunakan cukup-cukup.
Nik Aziz pula tak sedari diri, dah uzur sampai berjalan pun orang kena papah. Tu pun ada hati nak pegang jawatan lagi! Aduhh la.. gila kuasa betul puak Pas ni.
Semalam Nik Aziz kata dia bersedia untuk terus memegang jawatan Mursyidul Am Pas walaupun tugas itu amat berat, dan dalam keadaannya yang uzur.
"Saya bersedia memegang jawatan itu jika saya diperlukan oleh parti.
Tugas Mursyidul Am adalah suatu tugas yang amat berat yang terpaksa dipikul dan dilaksanakan mengikut cara Nabi Muhammad s.a.w mentadbir negara Islam," katanya.
Nik Aziz berkata, dia tetap berazam akan terus melaksanakan misinya dalam memperjuangkan parti berlandaskan Islam walaupun bukan lagi menteri besar negeri Kelantan.
Nik Aziz juga akan melepaskan jawatan sebagai Pesuruhjaya Pas Kelantan, jawatan yang sepatutnya disandang oleh seorang menteri besar.
Nik Aziz kata dia mempunyai tanggung jawab yang besar apabila hendak mentadbir Kelantan dan Pas mengikut acuan negara Islam.
Persoalannya, dah lama Nik Aziz jaga Pas dan tadbir Kelantan. Apa perubahan besar yang Nik Aziz buat untuk tegakkan Islam di sana?
Berapa ramai orang bukan Islam di Kelantan yang berjaya Nik Aziz Islamkan? Dalam Pas pula, berapa ramai pemimpin Pas yang benar-benar mengikut ajaran Islam? Setakat pemakaian, siapa pun boleh pakai. tapi yang benar-benar berpolitik cara Islam tanpa makin hamun dan fitnah ada berapa orang?
Macam tu nak mengaku pentadbir Islam yang baik? Atau orang tua tu memang gila kuasa? McTheory: Pegang la jawatan tu sampai 'padam',
Anda baca dulu laporan dibawah yang Mc ambil dari Blog MiM,
Gambar ini telah diambil oleh seorang penyokong totok Pas dan beliau terkejut ada sesuatu yang menyerupai binatang keluar dari dalam kain Nik Aziz.
Sebelum itu beliau memohon maaf diatas penyiaran gambar ini dan ianya bukan untuk tujuan fitnah atau untuk memalukan Nik Aziz Nik Mat melainkan sekadar berkongsi mungkin sesuatu yang pelik.
Di fahamkan gambar kelihatan Nik Aziz sedang menyelak atau terselak kain ini diambik masa beliau menghadiri satu majlis, mungkin beliau terlupa atau sebagainya WallahuaalamAda yang menanyakan Mc tentang foto ini.
Jika merujuk kepada kesihatan Nik Aziz yang ulang alik ke hospital, Mc jangka 'benda misteri' itu ialah urine bag atau beg air kencing.
Dalam usia yang sudah tua, Nik Aziz mungkin mengalami masaalah incontinence disebabkan oleh enlarged prostate.
Penyakit ini sering dialami oleh orang tua. Incontinence akan menyebabkan pesakit tidak dapat mengawal atau kesusahan untuk buang air kecil.
Jika benar urine bag, satu tiub akan dimasukkan hingga ke pundi kencing bagi memudahkan pesakit buang air kecil.
Jika masalah ini berlaku, bermakna Nik Aziz sudah 'hampir nyanyuk'
Patut la statement yang keluar akhir-akhir ni merapu bagai! McTheory: Allah selamatkanlah Nik Aziz.. bukakanlah hatinya dari terus menghina sesama Islam..
Nik Aziz bawa keluar fatwa baru bahawa " Orang UMNO sembahyang tak dapat pahala sebab tolak Islam " .. Bila UMNO tolak Islam ??
Kalau ikut Nik Aziz pakai tak payah solat la kita orang UMNO ni.. gila ka apa orang tua ni.
Siapa Nik Aziz nak tentukan amal ibadat orang Islam dapat pahala atau tidak ?.. Nik Aziz ni tuhan ka bagi PAS atau makhluk ciptaan Allah S.W.T sehingga mendahului Hukuman Allah S.W.T ??
Sekiranya penyokong PAS mengatakan hanya di sebabkan UMNO tidak mampu lagi melaksanakan Hukum Hudud, UMNO di kira Tolak Islam ??
Bagaimana pulak Kenyataan Hadi Awang pada Januari 2003 di hadapan petugas-petugas PAS seluruh Malaysia " Oleh kerana Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam ini menjadi halangan pada kerjasama Kerajaan Barisan Altenitif (Ketika itu), maka PAS sanggup berkorban untuk tidak melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam andainya Barisan Altenitif menang dalam pilihanraya 2004 dan memadailah undang-undang sedia ada, undang-undang persekutuan (Perlembagaan Malaysia) yang di sebut sebagai Perlembagaan Lord Reid itu di guna pakai oleh Kerajaan Barisan Altenitif ".
Sudah jelas sejak dari 2003 PAS sendiri mengakui tidak akan melaksanakan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam. Sebab itu tidak hairan la PAS sudah pun menggugurkan dasar perjuangan parti dari memperjuangan Negara Islam kepada memperjuangkan Negara Berkebajikan setelah di tegur oleh Karpal Singh.
Malahan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali baru-baru ini juga mengulangai pendirian PAS pada 2003 bahawa Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam bukannya agenda utama perjuangan PAS dalam Pakatan Rakyat Pakatan Haram. Perjuangan PAS dalam Pakatan Haram adalah apa yang terkandung dalam buku Jinggay.
Kalau tak percaya dengar dan lihat video di bawah ini berkenaan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali.
Sudah jelas dalam buku Jinggay yang di tandatangani..(perlu di fahami ianya di tandatangani) oleh Hadi Awang tidak tertulis langsung berkenaan Hukum Hudud dan Perjuangan Negara Islam yang ada hanyalah Perlembagaan Malaysia atau undang-undang Lord Reid yang di anggap PAS undang-undang penjajah dan kafir sekiranya menyokongnya. Malahan dalam Janji Manifesto PR PRU 13 langsung tidak di sentuh langsung berkenaan Hukum Hudud dan Negara Islam.
Tak kan kot PAS yang tidak mahu melaksanakan Hukum Hudud dan Negara Islam tidak di kira menolak Islam ?? UMNO yang tidak mampu lagi melaksanakan Hukum Hudud di kira menolak Islam dan di hukum oleh Nik Aziz dengan mengatakan solat dan ibadat orang UMNO tidak dapat pahala ??.
Kalau nak di katakan memperjuangkan Negara Islam. UMNO lebih terdahulu memperjuangkan Negara Islam sehingga di iktiraf Ulama-Ulama Dunia sebagai Negara Islam Contoh.
Sekiranya Nik Aziz mengatakan dasar parti UMNO tidak Islam bagaimana pulak tentang dasar parti UMNO yang terkandung dalam Perlembagaan UMNO, FASAL 3 (3.3) - Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam , agama rasmi Malaysia serta menghormati prinsip Kebangsaan Beragama.
Dari sejak penubuhan UMNO, satu pun dasar tidak pernah di ubah. Tetapi bagi parti PAS pulak Dasar Perjuangan Parti sudah banyak yang di gugurkan.
Bukan setakat Hudud dan Negara Islam di gugurkan, PAS juga melanggar beberapa dasar parti. Sebagai contohnya kerusi Presiden dan Timbalan Presiden PAS yang hanya untuk golongan Ulama PAS dan tidak boleh di pertandingkan.. Tapi sekarang Mat Sabu yang bukan Ulama malahan penganut fahaman Syiah boleh di angkat menjadi Timbalan Presiden Parti PAS malahan siap di pertandingkan pulak tu..
Sudah jelas PAS bukan lagi sebuah parti yang releven dengan dasar perjuangan parti yang mereka anggap mengikut kehendak Islam.
Fikir-fikirkanlah sebelum membuang undi di PRU 13 ini. - Pisau Kedah
Bengang Nik Aziz MB Kelantan paling lama dan tua dengan Minda Pondok yang dianggotai seramai 18 guru pondok di Kelantan. Minda Pondok mendakwa menjadi satu dosa bagi umat Islam mengundi PAS pada pilihan raya umum akan datang,
Disebabkan kenyataan dari Minda Pondok tu, Nik Aziz minta supaya mereka memberi dalil dan hujah yang bernas atas kenyataan tersebut.
"Saya pun boleh kata jugak haram sokong Umno, wajib sokong PAS. Cakap boleh tapi biar ada hujah. Kalau cakap depan Allah hujah yang boleh diterima," katanya.
Puncanya adalah disebabkan dua hari lepas, Minda Pondok mendakwa adalah berdosa bagi umat Islam memberi undi kepada PAS pada pilihan raya umum itu kerana konsep 'tahaluf siyasi' (muafakat politik) antara PKR dan DAP tidak berpaksikan kepada kehendak Islam terutama dalam perkara membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah.
Tahaluf siyasi yang diamalkan Pas adalah berbeza dengan BN. Kerana dalam BN yang mengetuainya ialah UMNO, orang Islam. Sedangkan dalam Pakatan seperti yang kita nampak Pas hanya mengikut telunjuk Dap.
Apakah itu tahaluf siyasi yang sebenar? Islam di korbankan demi kepentingan lain? Itulah yang terjadi kepada Pas sekarang. Kalimah Allah nak dikongsi-kongsi, hudud tiada dalam manifesto Pakatan, negara Islam dah lama bubar, Islam bukan lagi hak eksklusif, sememangnya Pas gagal dalam perjuangan pertahankan Islam, disebabkan itu umat Islam di Malaysia semakin menolak Pas!
Soo..betul lah apa kata tok-tok guru pondok tu, undi Pas umpama undi Dap. Dap menentang Islam, jadi undi Dap adalah haram. Bermakna, sekali dengan Pas jugalah tergolong dengan haram. Betul tak?
McTheory: Nik Aziz tu, tua nyanyuk, tak dapat fikir.. biasa laa..
Betul kata Nik Aziz, Mc sokong sangat,tak mengapa jika seorang itu penyangak, perogol, penipu, munafik, pencuri, peliwat, pengkhianat atau biseksual sekali pun, asalkan dia cerdik kita perlu terima dia sebagai pemimpin.
Oleh itu sebagai menghormati Nik Aziz menjadi Ulamak paling warak dalam Pas, Mc menyeru agar pembaca yang bijaksana sokong Anwar jadi pemimpin negara ini. Apa macam boleh? Nik Aziz boleh sokong, takkan kita tak boleh sokong? Tak percaya, tengok video kat bawah ni,
Biarlah kalau Anwar meliwat sekalipun, dia dah cerdik, terimalah dia - Nik Aziz
McTheory:
Sekali dengan Nik Aziz rosak, bukan Anwar saja.. adehh
Nampaknya penerima BR1M di Kedah mula tunjuk perasaan membantah kenyataan Nik Aziz yang menyamakan diri mereka dengan lembu dan ayam. Lihat kain rentang yang diletak sekitar Baling.
Tindakan ini amat mengejutkan apabila ada kain rentang yang dipasang dibeberapa lokasi berhampiran pusat penyerahan BR1M bagi menunjukkan bantahan "rakyat" terhadap kenyataan Nik Aziz.
Bagi Mc ini hanya permulaan gelombang kemarahan rakyat terhadap kenyataan Nik Aziz tu. Malah Mc percaya rakyat Malaysia akan tunjuk kemarahan mereka pada PRU ke 13 ni. TOLAK PAS, TOLAK NIK AZIZ!
Cerita lanjut pasal kain rentang ni, boleh baca kat SINI McTheory: Orang tua biadap tu perlu diajar!
Kenyataan Nik Aziz benar-benar menyakitkan hati ramai rakyat Malaysia. Lebih-lebih lagi penerima BR1M. Kata-katanya itu umpama manusia yang tidak mempunyai akal fikiran.
Disebabkan kata-kata Nik Aziz tu, Mufti Perak Tan Sri Harussani telah menegur kelakuan Nik Aziz yang semakin songsang tu.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan kenyataan Nik Aziz Nik Mat yang seolah-olah menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat seperti haiwan sebagai keterlaluan.
Menurutnya, sikap yang ditunjukkan Menteri Besar Kelantan tersebut juga secara tidak langsung menghina golongan berpendapatan rendah yang menerima bantuan itu.
Tegas beliau, tidak salah jika sesebuah kerajaan mahu memberikan bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun termasuk wang ringgit kerana itu adalah tanggungjawab kerajaan.
"Adakah apabila kita bersedekah kepada seseorang, orang itu juga seperti haiwan. Ini tidak betul. Jangan menghina mereka yang kurang berkemampuan.
"Lainlah kalau kerajaan hanya beri bantuan kepada orang tertentu. Baru salah. Ini terbukti semua rakyat dapat bantuan tanpa mengira bangsa, keturunan mahupun 'warna baju'," tegasnya ketika dihubungi.
Seseorang yang dipanggil Ulamak dan digelar Tok Guru tidak sepatutnya berkelakuan sedemikian. Dah banyak kali Nik Aziz kutuk dan hina penyokong yang mendokong Kerajaan Pusat.
Dulu, kafir kemudian murtad, lepas tu tak masuk syurga, ditambah dengan celako, belum lagi kisah doa K.O!! Apakah ini ajaran sebenar Pas? McTheory: Ini Ajaran Islam Kepala Hatok Pas!!
Ramai dok tanya pasal video Nik Aziz kata penerima BR1M sebagai haiwan. Tak percaya boleh tengok video tu kat bawah, cuma bahasa Kelate, kena dengar betul-betul. Nak lebih jelas, pakai earphone.
Usaha murni kerajaan pusat, dikutuk oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha murni itu sebagai ‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Itu kata Nik Aziz, orang tua yang memang cakap berbelit dan menyakitkan hati.
Tapi dia lupa, gambar yang kat bawah ni, dok tersengih sambil bagi duit kat orang tu, Islam la sangat ya? Gambar ni diambil semasa Nik Aziz bagi duit kat PRK Galas dulu.
McTheory: Kerajaan bagi BR1M untuk bantu rakyat susah, Nik Aziz bagi duit tu, untuk apa? habuan beli tiket ke syurga ke?
Sejak bila Nik Aziz masuk Dap ni? he he.. tau la memang Nik Aziz sayang benar dengan Dap. Tapi takkanlah sampai macam tu sekali. Gambar Mc ambil dari Blog CTS.
Ini antara gelagat penyokong-penyokong PAS menyambut kepulangan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, daripada Mekah untuk menunaikan umrah, pagi tadi. Nampak gayanya tarbiyah Tok Guru supaya menyokong DAPig ternyata memberi kesan mendalam kepada penyokong-penyokongnya sehinggakan beliau balik dari umrah pun disambut dengan Roket dan bukannya Bulan. Sungguh taksub dan hadap sekali juak-juak PAS ini dengan DAPig ye? Oh ya, kalau tidak ada Roket bagaimana mahu ke Bulan ya Tok Guru?
Tengah hari tadi pula berlangsung perhimpunan Kami Sayang Tok Guru di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Harakahdaily maupun laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan langsung tidak meletakkan gambar-gambar sambutan Rakyat Kelantan yang diberikan kepada Tok Guru. Mungkin sambutan Rakyat Kelantan amat mengecewakan kot sehingga Harakahdaily tidak sanggup memuat turunkan gambar-gambar di stadium.
Memang tak ramai yang sambut Nik Aziz balik dari Mekah ni. Pelik? Kenapa ya? Ishh takkanlah orang Kelate takmau berkat dari Nik Aziz baru balik Mekah. Nak tengok gambar dan cerita lagi boleh klik SINI
McTheory: Apakah ini petanda, Nik Aziz bakal di TOLAK!
Masyallah, lepas balik dari Mekah, Nik Aziz terus buat kenyataan yang menyakitkan hati jutaan rakyat Malaysia. BR1M 2.0 merupakan bantuan terbesar Kerajaan Pusat kepada rakyat Malaysia. Malah usaha kerajaan pusat itu disyukuri oleh jutaan rakyat Malaysia.
Namun usaha murni kerajaan pusat, dikutuk oleh Mursyidul Am Pas, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha murni itu sebagai
‘memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu’.
Menurut
Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat
sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya
manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.
Sehubungan
itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam
kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.
“Orang
yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil
ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.
Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
Siapa masih ingat isu LISTEN Sharifah Zohra Jabeen Presiden SW1M mengunakan perumpamaan haiwan dalam penerangannya. Beliau di kritik hebat, malah dituduh menghina mahasiswa!
Kali ni, Nik Aziz secara jelas mengeluarkan kenyataan menghina para penerima BR1M!! Malah menyamakan dengan binatang! Mc nak tengok, pejuang-pejuang yang mengutuk Sharifah Zohra Jabeen tu, nak bersuara tak mengenai isu Nik Aziz ni.
Kepada pembaca yang mempunyai ibu bapa penerima wang BR1M. Tak sakit hatikah bila Nik Aziz kata ibu dan bapa anda serupa haiwan?
Selamatlah Nik Aziz ni orang tua, kalau muda, dah lama kena 'tampor' percuma!!
Ini tuan Lembu dan Ayam tengah bagi makan
Ini Ayama tengah dapat makan
Tua kutuk ni lembu gembira dapat jerami...
Ikuti kisah tauladan ini
Citer ni aku dengaq dari abg ipar aku sendiri..dia citer yang ada sorang
cacai ni umo dalam lingkungan 70 an dari Sik, kedah p ambik duit BR1M
kat dewan LHDN Sg.Petani..
Kat dewan tu ada sekumpulan sukarelawan BN dok bg roti n air kpd
penerima2 BR1M ni..So orang tua ni ambik lah roti n air tu lps selesai
ambik duit BR1M tu..
Sampai ja kat dpn dewan LHDN tu, tiba2 ja dia naik gila p lempaq roti
tu sambil pijak2 n dok maki hamun n kata "ni aku pijak kepala pak ang
najib oi" depan2 penerima BR1M yg lain..
So on the way dia balik, dia telah accident n dengan kuasa Allah, kaki
dia yang dia gunakan untuk pijak roti tu telah hancur akibat digilis
kenderaan berat.. SELANJUTNYA
Mc ada terbaca di Malaysiakini mengenai Nik Aziz apabila disoal mengenai kedatangan PSY ke Malaysia. Nik Aziz sudah tentu tidak mengenali PSY kerana dia bukan orang muda ataupun pemimpin muda yang update dengan hiburan masa kini.
Mc tak salahkan Nik Aziz dia tak kenal PSY, tetapi Mc salahkan wartawan Malaysiakini yang mempersendakan Nik Aziz. Walaupun orang tua tu Mc tak suka akan perangai huduhnya yang keluarkan fatwa sesukahati. Namun janganlah diperlakukan dia sedemikian rupa.
Tapi Nik Aziz pun tipikal pembangkang, pantang dengar benda pasal kerajaan. Mulalah fikir tak elok dan bukan-bukan. Lain kali kalau taktau tentang perkara tu, tak payah la komen. Dok diam sudah, kan dah malukan diri sendiri.
Tapi sebenarnya kelakar juga, bila Nik Aziz suruh PSY tutup aurat bila datang Malaysia nanti. Apa Nik Aziz nak suruh PSY pakai jubah ka? he he.. McTheory: Tapi Malaysiakini pun jahat, buli Nik Aziz.. kesian orang tua tu.. hahaha
Fuhh.. marah benor orang tua ni kat Ustaz Nasha. Sampaikan salam pun Nik Aziz tak tengok muka. Memang sah la, Nik Aziz ni diantara dalang utama yang gugurkan jawatan Ustaz Nasha dalam majlis syura Pas.
Nik Aziz punya marah, umpama Ustaz Nasha tu buat perkara mungkar yang dilarang Islam. Sedangkan beliau hanya ke Palestine untuk mendamai dan menyatukan umat Islam di sana. Pelik sungguh perangai orang tua ni.
Apakah perangai pelik ini merupakan petanda zaman kejatuhan Nik Aziz? McTheory: Burok Benor.. mu nih.. ajiss.. ajiss
Posting ni ringkas saja. Mc rasa semua orang tahu, Nik Aziz ada terima kek dari Karpal Singh. Kemudian Nik Aziz pula hadiahkan Bishop besar di Penang dengan sebuah kek.
Nak tengok kek tu tulis apa? tengok la kat bawah tu..
Apa Nik Aziz tulis? Yang Mula Bishop, daripada, Nik Aziz, Musyidul Am Pas. Perghh dasat tuu.. siap tulis Yang Mulia Bishop tuu. Nampak sangat Pas berpolitik untuk pancing undi. Majlis Syura tolak pengunaan kalimah Allah pada bukan Islam. Nik Aziz pun datang ke Penang untuk beli jiwa.
Nik Aziz, siap mengadap Karpal untuk menjelaskan keputusan majlis syura. Dahsyat betul.. he he.. Mc pun taktau nak komen apa, apa kata pembaca pula komen pasal ni.
Apa pendapat anda tentang tulisan 'Yang Mulia Bishop' tu..
McTheory: Komen la sikit.. tak kena bayar pun.. hehe
Happy birthday Pok Nik. Happy birthday Pok Nik. Happy birthday to you. Happy birthday to you. Sambutan Maulidul Rasul Pok Nik tak benarkan. Alasan terikut-ikut dengan budaya Kristian. Potong Kek memang budaya Islam kan Pok Nik? Suka hati hangpalah juak-juak PAS!
Juak-juak Pakatan Haram hari ini gembira apabila Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sudi untuk bertandang rumah Karpal Singh dan memotong kek hari jadi. Salah seorang daripadanya adalah penulis blog dan politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) yang menulis di laman sosial Twitter seperti di bawah:
Nak sambung baca kisah Pok Nik potong kek sambut besday boleh sambung baca kat SINI.
Apa agaknya yang Pok Nik fikir masa potong kek tu. Dia rasa bangga atau rasa bersalah? Kalaulah yang potong tu DS Najib, dah tentu pengikut Pas sudah jatuhkan pelbagai hukum terhadap beliau. Tetapi disebabkan Nik Aziz, mereka telan saja apa saja kelakuan buruk yang orang tua tu buat.
Pas ohh Pas.. sampai bila kamu nak permainkan agama? Sampai bila? McTheory: Sayangkan ISLAM? TOLAK PAS!!
Kenyataan Nik Aziz ini menimbulkan kemarahan orang UMNO kepadanya. Bila dia tengok orang UMNO dan rakyat Malaysia marah. Nik Aziz pusing dan salahkan media, lebih-lebih lagi Utusan.
Dengan kata-katanya tu, memang benarlah dia kata UMNO tu bukan Islam ye tak? Kalau dah bukan Islam, bermakna murtad la kan?
Kenapa Nik Aziz nak pusing lagi? Kenapa dia tak mengaku dan salahkan media.
Inilah taktik bodoh puak Pakatan! Tak habis-habis nak kelentong dan menipu saja kerjanya. Baling batu sembunyi tangan!
Bila Nik Aziz murtadkan orang UMNO, tanggunglah dosanya tu diakhirat kelak.
McTheory:
UMNO ada 4 juta keahlian, berapa banyak Nik Aziz kena minta maaf?