Sponsor

Memaparkan catatan dengan label ustaz Nasha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ustaz Nasha. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Februari 2013

PANASS!! Hanya Kerana BAIAH Talak Tiga, Ustaz Nasharuddin SETIA Dengan Pas!! #PasKejam


Semenjak isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang melibatkan kerjasama politik antara UMNO dengan PAS pasca PRU 12 2008 dulu menemui jalan buntu, sejak itulah bekas Timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa sering dikambing hitamkan oleh rakan-rakan kepimpinan parti itu.

Ahli Parlimen PAS Bachok, itu tidak hanya dicemuh tetapi turut sering kali dituduh sebagai agen UMNO, malah Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat juga sudah beberapa kali menghambur kata-kata kesat menghambat Nasharudin keluar dari parti.

Walhal disebalik timbulnya ura-ura mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, datangnya dari kebenaran Majlis Syura Ulama PAS yang dipengerusikan sendiri oleh Nik Aziz pada April 2008, yang mana bekas Timbalan Presiden Pas itu telah diberi mandat sebagai perantara ke arah menjalin hubungan dengan UMNO.

Tapi disebabkan ugutan dan gertakan dari DAP serta PKR, ditambah pula dengan lamunan indah yang diwar-warkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim akhirnya PAS menarik handbrake, lantas tak pasal Ustaz Nasharudin pula yang menerima padahnya.

Bila mana timbulnya polemik isu hudud dan kalimah Allah s.w.t ditambah lagi dengan ketegasan Ustaz Nasharudin mempertahankan kebenaran, akhirnya sekali lagi Ustaz Nasharudin menjadi bahan momokan dipersenda dan diperlekehkan oleh rakan seperjuangan.

Malah selepas Ustaz Nasharudin dipecat keanggotaannya dalam Majlis Syura, tanpa bertangguh Nik Aziz membuat kenyataan bahawa keahlian bekas Timbalan Presiden PAS itu secara automatiknya turut gugur sebagai ahli parti.

Namun demikian, kenyataan gelojoh Mursyidul Am PAS itu bagaimanapun dinafikan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang telah menjelaskan keahlian Ustaz Nasharudin dalam PAS masih kekal dan tidak terjejas dengan tindakan pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Disebalik semua itu, bekas Timbalan Presiden PAS itu terus kekal dalam PAS. Tindakannya itu menyebabkan khalayak umum tertanya-tanya sendirian, kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus bertahan dalam PAS sekalipun maruahnya dihina dan diherdik sedemikian rupa?

Jawapan kepada persoalan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana wujudnya sumpah baiah talak tiga yang mana setiap wakil rakyat PAS wajib mematuhinya. Jika gagal berbuat demikian, misalnya dengan bertindak keluar dari PAS, bermakna ikatan suami isteri terputus dunia dan akhirat.

Polisi zalim sebegini yang meletakkan hubungan suami isteri bagi menjamin kesetiaan wakil rakyat PAS kepada parti bukanlah perkara baru dan ia sememangnya wujud serta diakui sendiri oleh pemimpin PAS sendiri.

Kesucian hubungan suami isteri yang sepatutnya disanjung tinggi bukannya satu persoalan besar pada pandangan PAS hatta sekalipun perceraian adalah benda halal yang paling dibenci oleh Allah s.w.t, namun bagi PAS selagi ia bermanfaat untuk politik kepartian duniawi selagi itulah PAS sanggup memperalatkannya.

Justeru itu, selepas menelaah senario ini terjawablah persoalan kenapa dan mengapa Ustaz Nasharudin terus kekal bersama PAS dan tidak bertindak keluar dari parti walaupun parti itu secara keseluruhannya telah jauh dari landasan asal perjuangannya. - Media Kedah

Untuk penjelasan, boleh dengar rakaman audio temuramah bersama Ustaz Nasharuddin Mat Isa.



McTheory:
Kalau bukan kerana BAIAH itu, dah ramai YB Pas angkat kaki!

Khamis, 31 Januari 2013

TUDIAA!! Apabila Hasan Ali Berganding bahu Dengan Nasharuddin Mat Isa! #PasLingkup!




Gambar ni Mc ambil dari blog MPP, kiranya mereka berdua berjumpa pada satu majlis khas tengah berlangsung sekarang ini di Masjid Negara.. Majlis yang dianjurkan oleh "Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" tersebut adalah untuk mempertahankan kesucian nama Allah dari dipolitikkan oleh puak-puak Pakatan..

Yang menjadi perhatian ialah bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dan juga Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali.. Mereka dilihat mesra berbual pada majlis tersebut.

Satu sessi Taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" telah dibentangkan oleh Sekretariat itu bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan.



Antara yang hadir selain dari Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali ialah, Ustaz Nakhaie, Ustaz Hafiz Nordin, Ustaz Ismail Mina dan juga penasihat Agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut..

Tapi kemesraan Ustaz Nasharuddin dan Hasan Ali nampak lain macam saja. Apakah Hasan Ali mempelawa Nasharuddin masuk ke JATI? Atau Nasharuddin ada haluannya sendiri? Apa pun, keluar la dari Pas tu.. dah busuk dah Pas.

McTheory:
Pas dah bau hancing!! asyik kencing saja pun..

PANASS!! Nik Aziz Punca Nasharuddin Mat Isa Kena Pecat?!


Pas cuba nak cover isu penguguran Ustaz Nasharuddin Mat Isa ni dengan menganggap beliau bukanlah individu yang penting dalam Pas.

Sudah tentu pemberita akan mencari Nik Aziz, kerana beliau diantara yang bertanggung jawab memecat Ustaz Nasharuddin.

Pas tidak nampak cabaran yang akan dihadapinya jika bekas Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyokong parti politik lain.

"Sebagaimana orang bercerai laki bini, tidak apa yang mencabarnya jika sesuatu pasangan itu ditakdirkan berpisah," kata Murshitdol Am Pas Pok Nik Aziz.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas kedudukan bekas pemimpin nombor dua PAS itu jika menyertai parti lain selepas Nasharuddin, yang juga anggota Parlimen Bachok, digugurkan daripada menganggotai Dewan Syura Ulama PAS.

Tindakan itu dipercayai diambil selepas Nasharuddin pulang daripada mengikuti rombongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.

Semalam, dilaporkan Nasharuddin berkata beliau tetap akan terus memperjuangkan Islam walaupun tidak lagi menganggotai Majlis Syura Ulama PAS.

Pas bukan parti Islam, nak perjuangkan Islam tak semestinya kena masuk Pas. Zaman Rasulullah SAW dulu pun takdak Pas. Tapi sahabat-sahabat Rasulullah perjuangkan Islam sampai ada yang syahid. Malah sahabat Rasulullah telah dijanjikan syurga Allah.

Tak perlu masuk Pas pun...

McTheory:
Kita kejar syurga Allah, bukan Sorga Nik Aziz!

Isnin, 28 Januari 2013

PANASS!! Komen Ustaz Nasha Selepas Beliau di gugurkan dari Majlis Syura Pas!


Tentu kita tertanya-tanya apa komen dari Ustaz Nasha setelah beliau digugurkan dari majlis syura Pas. Satu jawatankuasa tertinggi parti Pas.

Baca komen beliau,

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

PANASS!! Haron Din Halang Majlis Syura Pas dari Memecatan Ustaz Nasha?


Jika sebelum ini parti PAS diselubungi krisis 'u-turn' dan 'cakap pusing' tentang nama Allah, isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari jawatan Majlis Syura PAS menimbulkan konflik terbaru di dalam parti tersebut.

Tidak diberitahu dengan jelas tentang sebab-sebab pemecatan tersebut tetapi akhbar melaporkan di antaranya ialah kerana Nasharuddin 'tidak hadir mesyuarat'.

Kita tidak percaya 'tidak hadir mesyuarat' merupakan sebab utama pemecatan tersebut tetapi ianya dilihat bersangkut paut dengan lawatan bantuan kemanusiaan PM Najib Razak ke Gaza, Palestine yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Bachok itu.

For what ever reasons, keputusan Majlis Syura PAS itu seperti bercanggah dengan kenyataan Dr Haron Din sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, isu Nasharuddin Mat Isa ini pernah hangat apabila beliau menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Tetapi Dr Haron Din pernah berkata,
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). 
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan"
Sila baca laporan pada 7hb September tahun lepas :
KUALA LUMPUR, 7 Sept - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini. 
Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu. 
"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti. 
"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya. 
Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012. 
"Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak. 
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya. - SH

Jika benar bukan kerja Majlis Syura PAS memecat ahlinya, bagaimana pula dengan keputusan terbaru Majlis memecat Nasharuddin Mat Isa?

Sila baca di bawah :

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut. 
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 
“Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
“Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. 
Pengesahan ini diumumkan sejurus Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini.
Sebelum ini, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib dirinya. 
Ianya berikutan kenyataan beliau yang menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. 
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan beliau.
Sambung baca SINI

Mc tak percaya Nasha dipecat semata-mata tidak hadir mesyuarat. Semalam Nik Aziz ada bersama Karpal Singh di Pulau Pinang untuk menyambut hari jadinya. Selepas itu, Majlis Syura membuat kenyataan memecat Nasha dari menjadi ahli majlis. Apa maksudnya itu?

Apakah Nasha di pecat atas saranan Karpal Singh yang sememangnya bencikan beliau?

McTheory:
Segalanya menjadi tanda tanya??

Ahad, 27 Januari 2013

HANGAT!! Ustaz Nasharudin Mat Isa Di PECAT PAS?!!



Akhirnya Ustaz Nasha di pecat dari keahlian dari Majlis Syura. Malah beliau sekarang menjadi ahli biasa Pas.

Seperti dijangka, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa akhirnya dipecat daripada keahlian Majlis Syura – badan tertinggi parti PAS atas alasan melanggar peraturan berjamaah.

Tindakan terhadap ahli parlimen Bachok itu diputuskan dalam mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Untuk rekod, dalam mesyuarat itu juga majlis tersebut membuat keputusan mengenai kalimah Allah setelah isu itu menjadi polimek hangat.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh yang mengesahkan pemecatan Ustaz Nasha berkata, keputusan itu dibuat kerana Nasharudin didapati melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti ditetapkan Majlis Syura.

Selain dikatakan tidak hadir mesyuarat, Nik Zawawi enggan mengulas sebab-sebab lain sehingga mendorong Majlis Syura mengambil tindakan tersebut.

Katanya, surat pemecatan sudah diserahkan kepada Nasharudin selepas mesyuarat berkenaan.

Nasharudin mencetuskan polemik dalam PAS berhubung beberapa kritikannya terhadap keputusan parti itu yang kerap tunduk terhadap desakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang terutama DAP.

Antaranya tentangan Nasharudin terhadap kenyataan Pengerusi DAP,Karpal Singh yang disifatkannya bukan sahaja anti hudud tapi anti Islam. - Agendadaily

Beliau juga menggesa PAS mengkaji semula hubungan parti itu dalam pembangkang.

Ekoran itu, Karpal mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Nasharudin.

Ketika isu tersebut masih panas, Majlis Syura pada mesyuaratnya 9 September 2012 dijangka mengambil tindakan terhadap Nasharudin.

Bagaimanapun,selepas mesyuarat berakhir, Presiden PAS, Datuk SeriAbdul Hadi Awang berkata, perkara mengambil tindakan terhadap Nasharudin tidak dibincangkan.

Apapun, Nasharudin sudah dianggap ‘habuk dalam mata’ oleh sesetengah pemimpin PAS yang pro kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka kerap mengaitkan ahli parlimen Bachok itu dengan usaha membincangkan kerjasama kearah perpaduan antara PAS dan UMNO.

Manakala, Nik Aziz pula dilihat mempunyai masalah peribadi dengan Nasharudin malah krisis mereka meruncing ketika pilihanraya kecilManik Urai apabila penyokong dan pengundi PAS mahu ustaz Nasha hadir berkempen tetapi dikatakan mendapat tentangan PAS Kelantan.

Ketika dilihat seakan disisihkan PAS, Nasharudin menyertai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dengan beberapa pemimpin dan ulama tersohor di Mekkah, sempena persidangan luar biasa OIC tahun lalu.

Ketika Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke majlis perkahwinan anak Nasharudin, timbul desas desus beliau akan menyertai UMNO tetapi Nasharudin menegaskan tidak sesekali akan meninggalkan PAS.

Selasa, 23 Oktober 2012

TUDIAA!! Video Ustaz Nasharuddin Mat Isa Bikin Kontroversi lagi!!


Ustaz Nasha bekas timbalan Presiden Pas ni tak sudah-sudah bikin kontroversi. Beliau suka mempanaskan keadaan.

Mc hormat cara beliau yang tidak takut dengan ugutan dari dalam parti ataupun luar. Mc percaya sekarang ni Anwar Ibrahim bersama dengan Anwarinasnya sedang mencari jalan untuk menyingkirkan Ustaz Nasha, bagi puak Anwarinas, Ustaz Nasha umpama batu penghalang untuk mereka memperbodohkan Pas.

Mc harap Ustaz Nasha bersedia, kerana beliau bukan hanya mengumpul ramai kawan, tetapi juga beliau sedang berhadapan dengan musuh Allah yang tidak mahu Islam wujud di Malaysia.

Isnin, 10 September 2012

GEMPAR!! Ustaz Nasha Selamat!! Nik Aziz tak puas hati?


KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS yang bermesyuarat pada Ahad malam tidak membincangkan tentang kedudukan bekas timbalan presiden parti, Nasharudin Mat Isa.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu berkenaan tidak terdapat dalam agenda mesyuarat dan Nasharudin kekal dengan kedudukannya dalam PAS dan Majlis Syura.

"Tak ada dalam agenda mesyuarat. Dia (Nasharudin) hadir mesyuarat dan masih jadi ahli Majlis Syura," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat berkenaan di ibu pejabat PAS, dekat sini, Ahad.

Hadi berkata tidak timbul persoalan atau masalah mengenai kedudukan Nasharudin dalam PAS atau Majlis Syura.

"Tak timbul masalah...siapa yang timbulkan masalahnya," katanya.

Menurut Hadi mesyuarat berkenaan merupakan mesyuarat biasa yang diadakan dua kali dalam sebulan oleh Majlis Syura.

Mengulas lanjut beliau berkata mesyuarat pada kali ini adalah khusus bagi membincangkan tentang calon-calon pilihan raya yang wajib diluluskan Majlis Syura untuk memastikan setiap calon adalah berwibawa dalam Islam.

Ditanya apakah Nasharudin akan dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya akan datang, beliau berkata:

"Itu kena tunggu pilihan raya...termasuk saya sendiri tak tahu sama ada tercalon atau tidak.

Beliau berkata mesyuarat kali ini juga memperlihatkan pihaknya menerima banyak calon-calon yang disenarai untuk bertanding.

"Kita terima seberapa banyak calon..satu kawasan sampai tiga-empat calon pun ada tapi kita terima semua.

"Itu terpulang kepada budi bicara PAS Pusat, negeri dan kawasan," katanya.

Katanya, semua ahli Majlis Syura hadir ke mesyuarat yang selesai kira-kira pukul 11.00 malam itu kecuali yang uzur.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagaimanapun dilihat meninggalkan ibu pejabat PAS lebih awal kira-kira pukul 9.15 malam.

Isu kedudukan Nasharudin dalam PAS timbul apabila beliau meminta supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula.

P/s: Hadi pun bagi kenyataan selamat.. takut kena sembur..


McTheory:
Nik Aziz keluar awal, sebab dia sakit perut tuu.. sana toilet dah penuh.. bukan ada seba lain.. hehe..

Ahad, 9 September 2012

PANASS!! Apa Agaknya Nasib Ustaz Nasha!!


Hanya tinggal beberapa jam sahaja dari sekarang, Majlis Syura Ulama PAS akan bersidang untuk menentukan untung rugi nasib bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berikutan kenyataan kerasnya sekembali dari Mekah yang dianggap melanggar dasar parti.

Dalam kenyataan yang bersifat ultimatum itu, Ustaz Nasharudin telah meminta PAS mengkaji semula kedudukan dalam PR selepas DAP secara konsisten menolak dasar PAS yang mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud sebagai perundangan negara.

Sebelum itu, penyiaran gambarnya yang dilihat mesra dengan Perdana Menteri sewaktu pertemuan khusus dengan beberapa orang ulama Arab Saudi di Mekah juga telah menerima kecaman keras dari ramai pemimpin PAS dari kumpulan Anwarinas.

Antara komen yang agak pedas termasuklah dari Mursyidul Am PAS sendiri yang juga Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang secara terbuka menghalau Ustaz Nasharudin untuk segera keluar dari parti.

Berikutan kontroversi itu, Presiden PAS, Hadi Awang yang mempengerusikan mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihanraya PAS Pusat selepas itu telah menyerahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan muktamad berhubung perkara tersebut.

Sejak seminggu lepas, pelbagai usaha dan kempen secara terbuka dan berbisik hebat dijalankan oleh beberapa pihak dalam PAS untuk mempengaruhi pandangan ahli-ahli Majlis Syura agar mengikut telunjuk mereka.

Dilihat dari segi kempen dan kekuatan pengaruh ditambah pula dengan tekanan dari Nik Aziz sendiri yang cukup anti pada Ustaz Nasharudin, besar kebarangkalian senario 'gantung sampai mati' seperti yang menimpa bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali akan berulang kembali.

Walaupun sejak beberapa hari lalu, beberapa orang pemimpin 'ulama' PAS termasuklah Timbalan Mursyidul Am PAS, Haron Din kelihatan bertungkus lumus untuk mempertahankan hak Ustaz Nasharudin memberi pandangan yang berbeza, namun masih dilihat tidak cukup kuat untuk membendung pengaruh kumpulan Anwarinas yang didukung kuat oleh Nik Aziz.

Tambahan pula, jika sekiranya keputusan Majlis Syura memihak kepada Ustaz Nasharudin, impak buruknya agak menggoncang imej dan pengaruh Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS sekaligus akan memberi kesan besar dalam merobek kekuatan PAS di negeri Nik Aziz sendiri.

Menurut maklumat terbaru dari seorang pemimpin kanan PAS yang bersimpati dengan Ustaz Nasharudin, sedikit masa yang tinggal ini sebelum Majlis Syura bermesyuarat pada esok hari adalah terlalu panas, hangat dengan kempen-kempen yang agak melukakan hati.

Katanya lagi, seperti sudah tiada peluang kedua untuk Ustaz Nasharudin, ruang demokrasi dan keadilan seperti sudah tertutup dalam PAS. Kalaupun Ustaz Nasharudin terlepas dari hukuman pun, berkemungkinan beliau akan di 'peti sejukkan' begitu sahaja.

Jika benar seperti dikatakannya, maka jelaslah hari ini akan menjadi hari yang paling sial untuk Ustaz Nasharudin.

Sabtu, 8 September 2012

TUDIAA!! Nasharuddin Sedia Cabar Mat Sabu!!


Ura-ura kewujudan konspirasi untuk menyingkirkan bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sudah lama diketahui umum terutama sekali semenjak tercetusnya isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang hangat diperdebatkan selepas Pilihanraya Umum Ke-12 tahun 2008 yang lalu.

Walaupun bukan satu rahsia pencetus idea ke arah pembentukan UG datangnya dari Presiden PAS sendiri namun fokus kemarahan pemimpin lain yang pro Anwar Ibrahim (Anwarinas / Erdorgan) tetap terarah kepada Ustaz Nasharuddin disebabkan peranannya sebagai antara perantara penting yang membawa kepada pertemuan antara pemimpin UMNO dan PAS.

Tika ini sekalipun usaha mereka telah berjaya melumpuhkan lebih separuh kekuatan pengaruh Ustaz Nasharuddin, namun sisa-sisa pengaruh beliau diakui masih mampu mengancam perancangan kumpulan Anwarinas untuk menguasai sepenuhnya struktur kepimpinan PAS.

Lantaran itu apabila media perdana menyiarkan foto pertemuan Ustaz Nasharuddin dengan Perdana Menteri di Kota Suci Mekah bersama beberapa ulama Arab Saudi diikuti respon keras oleh Ustaz Nasharuddin yang mahu PAS mengkaji semula hubungan dengan PR khususnya DAP, peluang tersebut segera diambil oleh kumpulan Anwarinas bagi menekan pucuk pimpinan PAS untuk menyingkirkan terus Ustaz Nasharuddin dari parti.

Sebagaimana mereka berjaya menyingkirkan bekas Naib Presiden PAS, Hasan Ali atas alasan melanggar dasar PAS, demikian juga mereka yakin dengan alasan sama Ustaz Nasharuddin akan dapat disingkirkan.

Berjaya atau tidak usaha konspirasi kumpulan Anwarinas mempengaruhi kepimpinan PAS membuat keputusan yang keras dan muktamad itu banyak bergantung pada sejauh mana kemampuan Nik Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am PAS untuk mempengaruhi arah pemikiran ahli Majlis Syura PAS pada 9 Sep-tember nanti.

Nik Aziz yang sejak dulu diketahui agak condong kepada kumpulan Anwarinas dipercayai masih memiliki pengaruh peribadi dikalangan beberapa ahli Majlis Syura, tidak mustahil berupaya mencorakkan keputusan seperti yang dikehendaki oleh kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam.

Bagaimanapun, jika sebaliknya berlaku dan Majlis Syura PAS mengambil keputusan memihak kepada Ustaz Nasharuddin, bermakna selepas ini kita akan menyaksikan beberapa perkembangan menarik termasuklah kebangkitan semula Ustaz Nasharuddin dalam kepimpinan PAS selain merintis ke arah permulaan kejatuhan pengaruh Nik Aziz dalam mencorakkan arah tuju PAS di masa depan.

Imbas semula semasa Muktamar PAS yang ke-55 tahun 2009, usaha kumpulan Anwarinas untuk menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden pernah terbantut apabila ketua mereka, Husam Musa tewas dalam pertandingan tiga penjuru sekalipun tika itu Nik Aziz memberi sokongan kuat kepada anak buah kesayangannya itu.

Disebabkan kehadiran Mat Sabu sebagai calon kumpulan Syiah PAS bagi merebut jawatan yang sama, bukan sahaja telah menyebabkan undi kumpulan Anwarinas berpecah dua malah dimasa yang sama menyumbang kepada kemenangan bergaya kepada Ustaz Nasharuddin untuk mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PAS.

Menjelang Muktamar PAS tahun 2011 hasil iktibar dari kekalahan sebelumnya, kumpulan Anwarinas yang diketuai oleh Husam telah membuat percaturan taktikal dengan hanya bertanding jawatan Naib Presiden manakala bagi jawatan Timbalan Presiden sokongan diberikan kepada ketua kumpulan Syiah PAS iaitu Mat Sabu.

Mengikut perkiraan mereka, sekiranya Mat Sabu berjaya merampas jawatan tersebut dari Ustaz Nasharuddin, peluang untuk Husam merampas kerusi empuk Timbalan Presiden itu semasa Muktamar PAS ke-59 tahun 2013 kelak akan lebih mudah disebabkan 'aura' kepimpinan Husam diyakini jauh lebih hebat berbanding Mat Sabu.

Untuk itu perubahan taktikal tersebut dilakukan dengan fokus menjatuhkan dahulu Ustaz Nasharuddin dari jawatan Timbalan Presiden.

Pun demikian disebabkan karisma Mat Sabu kurang diyakini untuk menyatupadukan penyokong kedua-dua kumpulan tersebut, usaha memecahkan undi kumpulan 'ulamak' terpaksa dilaksanakan dengan mempengaruhi saudara terdekat kepada Mursyidul Am PAS yakni Tuan Ibrahim Tuan Man untuk melengkapkan pertandingan tiga penjuru yang diyakini akan memihak kepada Mat Sabu.

Hasilnya Mat Sabu menang dengan majoriti 21 undi mengalahkan Tuan Ibrahim yang mendapat undi 399 di kedudukan kedua manakala ustaz Nasharuddin yang gagal mempertahankan jawatan tersebut tewas dengan hanya mendapat sejumlah 224 undi sahaja.

Melihat pada imbasan tersebut ditambah lagi dengan senario terkini, ramai pemimpin PAS yang berlatarbelakangkan agama masih mengharapkan peluang kedua masih wujud untuk Ustaz Nasharuddin, jika ianya menjadi kenyataan bermakna impian mereka untuk menebus kekalahan memalukan di tangan kumpulan Anwarinas akan tercapai dengan mencalonkan kembali Ustaz Nasharuddin untuk bertanding semula jawatan Timbalan Presiden PAS.

Pastinya pertembungan tersebut akan mengulangi episod tahun 2009 yang menyaksikan Mat Sabu terpaksa berdepan dengan Ustaz Nasharuddin dan Husam Musa dengan jangkaan Ustaz Nasharuddin akan kembali memenangi jawatan itu sekaligus memulakan gerakan membersihkan semula imej PAS yang sekarang ini lebih sinonim dengan gelaran sebagai anjing DAP.

Apapun, senario sebenar hanya akan diketahui pada 9 September nanti, sama-samalah kita saksikan sama ada PAS masih mahu kekal sebagai anjing DAP ataupun masih ada sedikit sisa-sisa kesedaran untuk cuba memperbetulkan kembali landasan perjuangan mereka yang sudah jauh tersasar.

Rabu, 11 Januari 2012

KASI PANAS!! YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Agen UMNO dalam Pas?



Ramai yang terkejut Hasan Ali di pecat. Bertambah terkejut apabila melihat Ustaz Nasha buat PC bersama Hasan Ali. Malah menyokong perjuangan Dr Hasan Ali secara terang-terangan.

Malah ada yang kata Ustaz Nasha ni agent UMNO dalam Pas.

kah kah kah.. kelakar la Pas ni..